CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Ada Sign, Draf Iklan Tulisan Tangan Steve Jobs Dijual RM817,000

29-8-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2977| Komen: 3

New York: Dalam satu acara lelongan di RR Auction, Amerika Syarikat (AS), iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs, dijual pada harga AS$175,759 (kira-kira RM817,000).


Portal Gulf Business melaporkan, artifak itu ialah draf helaian spesifikasi yang mempamerkan Apple-1 yang inovatif dan mempunyai tandatangan Jobs dalam huruf kecil, 'steven jobs'.

Ia juga mengandungi maklumat hubungan, termasuk alamat dan nombor telefon ibu bapanya, secara sejarah mengaitkannya dengan ibu pejabat asal syarikat komputer Apple.

Foto: RR Auction

Dilaporkan, iklan itu dicipta pada helaian pengikat 8.5 x 11 sentimeter, ditulis dalam dakwat hitam pada tahun 1976 dan menggariskan aspek teknikal lanjutan Apple-1.

Butiran draf iklan itu, Jobs menyerlahkan ciri komputer, bekalan kuasa, 8K bait RAM, terminal CRT lengkap dengan input papan kekunci, output video komposit dan kebolehkembangan sehingga 65K melalui penyambung tepi.



Iklan itu termasuk dua gambar Polaroid dari The Byte Shop, menangkap papan kekunci Apple-1 yang dipasang sepenuhnya dan skrin komputer yang memaparkan program Apple Basic.

Jobs yang dilahirkan 24 Februari 1955 adalah pengasas, pengerusi, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.

Jobs juga pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.

Beliau juga penerbit eksekutif filem Toy Story (1995).

Jobs meninggal dunia selepas lama menghidap kanser pankreas, pada 5 Oktober 2011. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 29-8-2023 11:55 PM
Tulisan orang komputer.. sebijik2 boleh baca

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.033620 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top