CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon Parti Politik Dikecam Gara-Gara Cetak Nama Sendiri Atas Hadiah Sejadah

29-8-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3566| Komen: 8

JAKARTA – Seorang calon wakil rakyat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) di Indonesia dikecam selepas mencetak namanya di atas sejadah yang dijadikan cenderahati dalam kempen pilihan raya.

Liputan6 melaporkan,  dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, seorang lelaki berkongsi gambar sejadah tersebut beserta nama calon yang ditutup dengan tangannya.

Calon DPRD wilayah Kalimantan Selatan itu mencetak ayat di atas sejadah yang bertulis: “Calon anggota DPRD Wilayah Kal-Sel.”

Individu yang memuat naik video tersebut meluahkan rasa kesal dan menyifatkan kempen calon itu tidak kena pada tempatnya.

Foto: Liputan6

“Contohnya jika saya sedang membaca surah Al-Fatihah, tiba-tiba terbaca nama calon tersebut. Saya tutupkan nama dan partinya,” katanya.

Tambah lelaki tersebut, dia berharap agar calon anggota dewan lebih prihatin terutamanya dalam memilih barangan untuk dijadikan alat berkempen.


Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Mengapa tutup namanya? Biar semua orang tahu siapa dia,” kata seorang netizen.

“Ini maksudnya mahu nama calon dan parti diselitkan dalam doa di setiap solat dan sujudmu,” kata pengguna lain secara sinis.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 29-8-2023 07:34 PM
Terkejut aq,ingatkan kat malaysia tadi...
Quote sharlenetexas 29-8-2023 07:35 PM
Next level sgt dah ni.

Quote zarulnazmi 30-8-2023 08:29 AM
kat sini je dah berlambak yb-yb yang buat macam tu. label air mineral ada nama dan muka diorang. bagi kotak isi barang bantuan pun ada cetak nama dan muka diorang.
Quote bulalof 30-8-2023 09:11 AM
bertuhankan insan......
Quote supernaturalee 30-8-2023 02:29 PM
mak aihh
kt tmpt sujud tu


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049640 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top