Ericya Baiduri atau Madammu menjadi bualan hangat selepas menerima Ikon Penyusuan Ibu 2023. Madammu yang merupakan pengasas Noir Health & Beauty mendedahkan dirinya menerima pengiktirafan sebagai Ikon Penyusuan Ibu 2023.
Katanya dia tidak pernah merancang untuk menyusu badan sehingga kini kerana asalnya merancang memberi anak lelakinya susu badan selama dua minggu sahaja, selebihnya susu Formula.
“Madammu tidak pernah rancang untuk menyusu badan. Saya cuma merancang untuk menyusu badan selama dua minggu, kemudian akan sibuk dan akan meneruskan dengan susu Formula,”katanya menerusi media sosial. Bagaimanapun, Madammu bersyukur kerana mampu merasai pengalaman untuk menyusu badan anak lelakinya, Ahmad Kayden sehingga kini. “Tapi, Alhamdulillah dah 2 bulan 17 hari Madammu breastfeed! Pengalaman yang luar biasa antara Madammu dan Kayden (anak)!" Sementara itu, kelihatan para ibu mempertikaikan mengenai pengiktirafan yang diterima oleh Madammu yang dikatakan baru ‘berusia mentah’ dalam menyusu badan kepada anaknya. “Kita yang dah menyusu anak empat orang selama 9 tahun, berhenti kejap- kejap, bila dah sarat mengandung ni, bila nak dapat anugerah."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|