CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Toyota Hadapi Masalah, Gantung Operasi Semua Kilang Di Jepun

29-8-2023 05:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2393| Komen: 0

Tokyo: Syarikat gergasi industri permotoran Toyota menggantung operasi di semua kilang pemasangannya di Jepun kerana menghadapi masalah dengan sistem pengeluarannya.

Langkah itu menyebabkan pengeluaran domestik di pembuat kereta paling laris di dunia itu terhenti. Kepincangan ini bermakna firma tidak dapat memesan komponen.



Seorang jurucakap memberitahu BBC bahawa firma itu cuba mencari punca masalah itu tetapi pada masa ini tidak percaya ia disebabkan oleh serangan siber.

Awal pagi tadi Toyota menggantung operasi di 12 daripada 14 kilang pemasangannya di Jepun.

Kemudian seorang jurucakap memaklumkan pengeluaran di semua 14 kemudahan akan digantung.

Syarikat itu masih belum menyatakan bila ia merancang untuk memulakan semula operasi atau berapa banyak pengeluaran yang terjejas akibat penggantungan itu.

Secara keseluruhan, 14 kilang itu dianggarkan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran global Toyota.


Penggantungan itu berlaku ketika pengeluaran Toyota di Jepun berusaha untuk pulih selepas berdepan beberapa siri masalah.

Operasinya terjejas tahun lepas selepas salah satu pembekalnya berdepan serangan siber.

Gangguan selama satu hari itu menyebabkan kerugian pengeluaran sekitar 13,000 kereta.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.092866 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top