CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lelaki Baru Lahir Dibuang Berhampiran Pusat Tahfiz Terengganu

29-8-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1947| Komen: 2

BESUT –Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan di wakaf rehat berhampiran sebuah pusat tahfiz di Kampung Raja di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki terbabit terdengar bunyi tangisan bayi berkenaan sewaktu sedang kerja mengecat di pusat tahfiz terbabit pada pukul 8 pagi.


“Dia terkejut menjumpai bayi lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram diletakkan di dalam bekas plastik berwarna merah di kawasan wakaf rehat di luar premis pusat tahfiz berkenaan.

“Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi berkenaan pada pukul 9.20 pagi,” katanya di sini semalam.

Foto: Kosmo

Abdul Rozak berkata, bayi lelaki yang masih bernyawa berkenaan segera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Besut di sini untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati bayi tersebut mengalami jangkitan kuman pada tali pusatnya.


“Siasatan awal mendapati wakaf rehat berhampiran pusat tahfiz itu terletak berhampiran jalan utama.

“Pusat tahfiz berkenaan yang semua pelajarnya lelaki pula tidak dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073799 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top