CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Percaya Isteri Saya Menjadi Mangsa Sasaran' - Caprice Jumpa Bungkusan Misteri Atas Kereta Isteri

29-8-2023 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2761| Komen: 6

Di Instagram, penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa bengang apabila menemui bungkusan ‘misteri‘ di atas kereta isterinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Caprice, memaparkan bungkusan pelitup muka berwarna hitam telah dijumpai di atas kereta isterinya. Bukan itu sahaja, di dalam bungkusan tersebut mengandungi tisu dan bedak.



"Saya tak tahu siapa yang tahu saya tinggal di mana. Tempat tinggal saya sangat privasi dan saya tak pernah beritahu duduk dekat mana. 

"Bagaimanapun, ada orang telah meletakkan sesuatu di atas kereta isteri saya. Kereta lain tiada masalah.

"Saya percaya isteri saya menjadi mangsa sasaran individu berkenaan. Ini tak lawak. Dah level ganggu keselamatan keluarga saya. Sesiapa yang buat kerja jijik ini tiada telur. Kalau ada telur cari Caprice," katanya.


Ujar Caprice, dia tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Namun, dia pasti isterinya menjadi sasaran individu berkenaan. 

Susulan kejadian itu, isteri Caprice iaitu Farra Inalis telah membuat laporan polis di balai berdekatan berhubung penemuan bungkusan misteri tersebut.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IvyGorgon 29-8-2023 05:39 PM
Sperm kah?
Quote bankerpencen 29-8-2023 05:47 PM
Ok ni tanggungjawab hang la kepris untuk jaga bini. Kesian juga kalau benda ni disebabkan laki2 melayu bangang yang sentap dgn apa bini kau cakap.
Quote apedehal 29-8-2023 05:49 PM
Ntah2 sampah je kut
Quote hareeeesah 29-8-2023 05:58 PM
Ala Hang dok mont kiara tu je… jln tu busy manjang ko pn xperasan kalau org dok tengok
Quote lanacondor 29-8-2023 06:37 PM
apedehal: Ntah2 sampah je kut
yela rasa mcm smpah. Jnis pemalas campak je kne kete org
Quote Ahgerbitch 30-8-2023 11:03 PM
apedehal replied at 29-8-2023 05:49 PM
Ntah2 sampah je kut

Tula pasal baru nk cakap sampah…
Sbb drpd cari pasal dgn ddycap, baik pikir mcn mana nk tambah beras kat rmh masing2 hahahah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.087155 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top