Seorang pemuda tular selepas dia tampil mendedahkan kisah dirinya yang membatalkan pernikahan kerana isu hantaran. Menurut Mamat Mat yang sudah bekerja, dia berkenalan dengan pelajar sebuah institusi pengajian tingga (IPT) sekitar tiga tahun lalu.
Selepas melalui fasa percintaan, Mamat berkata gadis itu membuat pendedahan kepadanya bahawa dia pernah terlanjur dengan bekas teman lelakinya. Kata Mamat, dia boleh menerima kesilapan silam gadis itu, namun mula berubah hati kerana keluarga bakal mentuanya menetapkan kadar hantaran tinggi. "Bila jumpa keluarganya, baru tahu jenis control. Segala keputusan bukan setakat mak ayah dia buat, tapi termasuk seorang abang dan tiga kakaknya. Dia anak bongsu. "Bermulalah episod meletakkan harga pada diri dia. Mereka minta mas kahwin RM10,000, duit hantaran asing RM10,000 dengan beberapa hantaran simple benda-benda lain.
"Aku kira total lebih kurang RM25,000 untuk sebelah dia. Dia kata jumlah hantaran dan mas kahwin tu biasa untuk famili dia sebab kakak-kakak dia pun kahwin standard macam tu," ujar Mamat. Semuanya berjalan lancar pada awalnya, namun Mamat berkata lama-kelamaan dia mula ragu-ragu untuk meneruskan pernikahan. Sebagai helah, Mamat mula memberikan layanan acuh tidak acuh sehinggalah dia terpaksa menipu gadis itu untuk menamatkan hubungan mereka. "Dia cadang kalau tak cukup duit, nanti aku buat personal loan. Lepas dia kerja, dia akan sama-sama bayar. Aku buat-buat okay je cadangan dia. Walaupun masa tu otak dah fikir macam-macam. "Masa tu aku sekali lagi terdetik nak putus. Aku mula kurangkan komunikasi, balas mesej lambat, kadang reply pendek. Lama-lama dia perasan aku dah lain. Aku sengaja buat renggang. "Satu hari dia ajak jumpa. Dia tanya aku ada awek lain ke? Aku tipu dia, aku cakap ya. Aku cakap aku tawar hati. Padahal aku sama je. Aku rasa akan ditimpa lebih banyak masalah yang berpunca daripada famili dia kalau teruskan," ceritanya panjang lebar di Facebook. Mamat berkata banyak pengajaran yang boleh diambil menerusi kisahnya itu, khususnya tentang sikap ibu bapa yang seolah-olah mahu 'menjual' anak. "Point yang aku nak sampaikan ialah, bila mak ayah mungkin tak tahu situasi anak perempuan mereka, terutamanya yang dah pergi study berjauhan daripada keluarga ni. "Permudahkanlah kalau mereka nak kahwin. Aku rasa ramai lelaki pernah lalui hal sama tapi dipendam untuk jaga aib pihak perempuan. Jadi aku buka cerita la bagi pihak korang," ujarnya lagi.-CARI Sumber: mStar
|
Firenzza replied at 29-8-2023 03:41 PM
Sbb tu jgn declare dh kena tebuk sblm nikah, wat2 bodo udah le, klau kantoi mlm pertama pandai2 la c ...
isseliparjepun replied at 29-8-2023 06:07 PM
Good for him. Angkat kaki. Hantaran 10k, mas kahwin 10k, atas alasan biasa la tu kakak2 macam tu, sa ...
Firenzza: Sbb tu jgn declare dh kena teb ...
Firenzza replied at 29-8-2023 03:41 PM
Sbb tu jgn declare dh kena tebuk sblm nikah, wat2 bodo udah le, klau kantoi mlm pertama pandai2 la c ...
totokreturn. replied at 29-8-2023 07:26 PM
coast of living dah tinggi dah skang ni, kalo tak 10k+10k, korang expect berapa je boleh bagi 2k je ...
Firenzza replied at 29-8-2023 07:32 PM
Rasanya bkn sbb living cost.....tp mcm beli kereta 2nd hand......value patut lg murah sis
Firenzza replied at 29-8-2023 07:32 PM
Rasanya bkn sbb living cost.....tp mcm beli kereta 2nd hand......value patut lg murah sis
ADVERTISEMENT