CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Histeria Cuba Simbah Air Dan Baik Kasut Ke Arah Jokowi

29-8-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3105| Komen: 10

MEDAN: Seorang wanita menyimbah air dan membaling kasut ke arah rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ketika beliau menghadiri acara rapat umum di Sumatera Utara semalam.

Insiden terjadi ketika Jokowi menghadiri Rapat Kemerdekaan Sukarelawan Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution di Gedung Serbaguna di Deli Serdang kelmarin.


Menurut CNN Indonesia, wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya itu nekad menyimbah air mineral ketika Jokowi menghampiri kumpulan sukarelawan dan sedang menyapa mereka.


Foto: CNN Indonesia

Namun tindakan tersebut sempat dihalang oleh pengawal dan wanita berbaju hitam itu kemudian terus histeria selepas ditarik menjauhi kumpulan orang ramai.

Jokowi dilihat tidak menyedari tindakan wanita itu kerana sibuk melayani para sukarelawan yang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya.

“Jangan merusuh di sini,” kata seorang pegawai sambil menolak wanita itu dari kerumunan sukarelawan hingga dia terjatuh.


Tidak berpuas hati ditolak, wanita itu kemudian membaling selipar ke arah orang ramai yang mengerumuni Jokowi namun lontaran itu sempat dihadang pengawal.

“Tolong, kami mencari keadilan,” kata wanita itu.

Pegawai yang menghampiri wanita berkenaan dilihat cuba menenangkannya sebelum menariknya dari acara pentas namun sedikit kekecohan berlaku apabila dia diseret pengawal kerana enggan bangun meninggalkan kawasan itu.

Pegawai juga sempat melarang wartawan merakam video kekecohan itu. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-8-2023 11:52 AM
iols all this while ingatkan rakyat negara tu semua sygkan pak presiden. sbb reputasi heols mcm baik juga kan?
Quote Supersirap 29-8-2023 12:25 PM
Semoga keadilan dapat ditegakkan
Quote plywood 29-8-2023 01:08 PM
apa yg dia tak puas hati sampai jadi personal mcm tu. jokowi tak bayar hutang dia ker..
Quote tikusmontok 29-8-2023 01:09 PM
Medan??? Friska babu ndon garit kah?
Quote jazaa100 29-8-2023 01:13 PM
Terus buat² histeria.....
Indon sinetron berpisah tiada ..
Quote batmana 29-8-2023 01:18 PM
Tahun lepas pnah baca PATi histeria nk bila nk kna tangkap penguatkuasa..pmpn Indon..ntah2 org sama
Quote Tumpang-Sibok 5-9-2023 03:15 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030402 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top