CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Swasta Cuai- Kanak-Kanak Hampir Mati Selepas Terima Suntikan Salah, Alami Muntah Darah Teruk Dan Sawan

29-8-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1694| Komen: 5

Seorang kanak-kanak nyaris mati selepas mengalami masalah pernafasan kronik di samping muntah darah gara-gara disuntik salah ubat.

Ia berikutan kecuaian perubatan yang berlaku di Wilayah Trang, di mana keadaan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertambah teruk selepas didakwa menerima suntikan adrenalin yang diberi salah oleh seorang jururawat.


Dia pada awalnya dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana mempunyai gejala demam dan batuk pada 21 Jun.

Gambar Hiasan

Keadaan tersebut membuatkan pihak hospital terbabit menahannya selama satu hari bagi memberi rawatan berkala dan pemantauan.

Pun begitu, keadaannya semakin merosot selepas suntikan adrenalin diberikan seorang jururawat sehingga menyebabkan dia muntah darah yang teruk serta mengalami sawan.

Ekoran itu, dia dikejarkan ke bilik kecemasan dan diberikan rawatan selama empat jam.


Situasi yang semakin parah mengakibatkan dia dipindahkan ke Hospital Trang dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Selatan.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu tinggal di unit rawatan rapi (ICU) selama 12 hari, di mana dia didiagnosis mengalami overdosis adrenalin dan jangkitan pernafasan.

Apabila keadaan budak lelaki itu stabil, hospital swasta mengaku melakukan kesilapan semasa proses preskripsi - doktor telah menetapkan semburan adrenalin, bukan suntikan adrenalin intravena.

Insiden itu membuatkan ibu kepada kanak-kanak malang itu mendedahkan pengalaman pahit di media sosial sehingga mendapat perhatian Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Trang yang kemudian memulakan siasatan terhadap kes itu.

Menurut Ketua Pakar Perubatan Sinchai Rongdech, semburan adrenalin biasanya ditetapkan untuk pesakit yang sedar sepenuhnya, manakala adrenalin IV dikhaskan untuk pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Tambah kontroversi, jururawat yang memberikan suntikan itu dilaporkan merupakan pekerja sambilan hospital berkenaan.

Walaupun kesihatan budak lelaki itu telah bertambah baik, dia terus mengalami hemiparesis, yang dicirikan oleh kelemahan separa pada satu sisi badan.

Keluarga itu dijamin pampasan sekurang-kurangnya 870,000 baht (RM114,929), tetapi setakat semalam, tiada bayaran diterima. -CARI

Sumber: mStar/ Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 29-8-2023 12:21 PM
Bahaya jika cuai dalam menjalankan tugas
Quote kemaruk 29-8-2023 12:23 PM
Zaman fenomena vaksin dulu, kalau jururawat cuai pon tetap ramai yang backup..

Gila betul zaman tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top