MUAR – Bohong, tak benar sama sekali apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP adalah kerana menolak hudud. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca Pas tidak lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.
Beliau mendakwa, Pas memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar Pas pada 2015. “Melalui perbincangan yang panjang tiba-tiba diisytiharkan Pas putus hubungan dengan DAP, tak timbul masalah hudud tak hudud ni. “Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbicangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat) pada 29 September 2011 di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak Pas adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).
“Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh malam semalam. Beliau berkata, menerusi perbincangan tersebut semua parti mencapai keputusan yang bersetuju dalam beberapa perkara seperti melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadi kerajaan yang bagus, melawan rasuah dan menjunjung Perlembagaan. Katanya, hanya dua perkara yang tidak dipersetujui dalam perbicangan itu dan satu daripadanya adalah isu hudud serta semua parti selepas itu setuju untuk meneruskan kerjasama politik termasuk Pas.-CARI Sumber
|
Tinot7 replied at 29-8-2023 11:10 AM
Iols susah nak caya ckp mamat ni sejak tersebar citer dia solat ada batu
Tinot7 replied at 29-8-2023 11:10 AM
Iols susah nak caya ckp mamat ni sejak tersebar citer dia solat ada batu
mamajawie replied at 29-8-2023 11:36 AM
rasa sebab tula PAS kick dia out smpai dia ni buat AMANAH
Perwira2022 replied at 29-8-2023 12:01 PM
Syiah memang kuat menipu... Bertaqiyah.
Suchi replied at 29-8-2023 12:12 PM
Btw najib memang mesra pas kan, lepas pru14 pun umno pas berbaik2
Malah masa PAU thn lepas pun tak d ...
kemaruk replied at 29-8-2023 12:16 PM
Fenomena mat sabu 10-15 tahun lepas lebih gempak sari fenomena sanusi sekarang ni
Bangkem masih ing ...
___ replied at 29-8-2023 12:24 PM
thread Mat Sabu dengan Zaza bankem tak join komen ke?
n3ar replied at 29-8-2023 12:10 PM
ularmak ni memang guna agama jer...
dulu tolak DAP, lepas tu geng DAP..tolak umno... dah umno pun n ...
kemaruk replied at 29-8-2023 12:32 PM
Zaman tu arwah @Maideen. yang paling banyak troll mat sabu dan PAS
Bangkem masih ingat lagi maide ...
ADVERTISEMENT