Menjadi guru sekolah memandu memang mencabar, apatah lagi terpaksa hadap kerenah mereka yang baru nak belajar mengendalikan kenderaan sendiri. Ada antara pelajar yang suka ‘ikut kepala’ mereka sendiri tanpa perlu ikut panduan memandu yang sebenar.
Satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @appypyna berjaya meraih perhatian ramai dengan tontonan berjuta dalam masa satu hari. Menerusi rakaman, dapat dilihat pelajar ingin cuba memasukkan kereta ke dalam kotak parking, tetapi dengan cara yang sangat mudah. Sedia maklum, bagi mereka yang ada lesen memandu, pastinya mereka akan ingat teknik reverse yang diajar guru untuk masuk kedalam kotak parking itu. Namun, pelajar ini hanya ‘langkah’ pembahagi jalan untuk menuju masuk ke dalam kotak parking tersebut. Difahamkan pelajar tersebut merupakan calon yang sudah pandai memandu kereta.
“Bila dah pandai ni la masalahnya, tak nak dengar kata, masuk ikut suka je.” Sambil guru itu berkata sedemikian, pelajar itu keluar dari kotak parking dan masuk dari bahagian depan kereta, Guru tersebut mengarahkan pelajar itu untuk memperbetulkan dan ikut masuk parking dengan cara yang betul. Melihat video tersebut, ramai netizen terhibur melihatnya dan mendengar keluhan daripada guru yang frust dengan perangai pelajar tersebut. "Asal murid macam bukan dari bumi eh,"antara komen yang ditinggalkan.-CARI
|
ADVERTISEMENT