CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Meninggal Dunia 30 Minit Selepas Nikah- Pengantin Tabah Urus Jenazah, Ulang Alik Dewan Kahwin Untuk Hormat Tetamu

29-8-2023 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4063| Komen: 9

Dalam kegembiraan Nur Atiqah, 32, melangsungkan perkahwinannya dapat pula berta duka mengenai ibunya yang kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kisah sedih yang berlaku sewaktu hari pernikahan 26 Ogos lalu ini diceritakan semula oleh sahabatnya, Mohd Asmawie, 32.


“Hari yang paling menggembirakan menjadi momen paling mendukakan buat kawan baik saya. Majlis semua berjalan dengan lancar. Pengantin pun nampak gembira saja.

“Tapi lebih kurang setengah jam sahaja selepas dia selesai bernikah, Iqa dapat satu perkhabaran yang ibunya sedang kritikal dekat hospital.

Foto: mStar

“Kawan kami yang angkat call dari staf hospital masa tu sebab Iqa tengah nikah,” katanya kepada mStar.

Mawie yang sudah bersahabat baik dengan pengantin perempuan sejak 15 tahun lalu berkata, Iqa tidak sempat bersua dengan ibunya buat kali terakhir sebelum insan kesayangannya itu meninggal dunia pada pagi Sabtu.


Menurut Mawie, kali terakhir Iqa berjumpa arwah adalah pada petang Jumaat sewaktu ibunya ditahan di hospital selama dua hari akibat serangan angin ahmar (strok).

“Dia dan suami terpaksa tinggalkan majlis lalu bergegas ke hospital untuk melihat ibunya yang sedang kritikal.

“Sampai saja di hospital, ibu Iqa sudah menghembuskan nafas terakhir. Macam mana saya nak gambarkan perasaannya. Gembira sedikit, tetapi dukanya yang lebih.

“Tapi saya bangga dengan dia sebab tetap kuat berdiri untuk pengurusan jenazah dengan sebaik mungkin. Pengurusan jenazah dibantu adik lelaki dan bapa saudara dia,” ujar Mawie lagi.


Foto: mStar

Bagaimanapun, menurut Mawie, mereka sempat kembali ke dewan majlis pernikahan di Ampang, walaupun dalam keadaan tidak stabil dan terlalu sedih.

Iqa terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlisnya tetapi bukan untuk meraikan hari bahagia, namun sekadar menghormati tetamu yang sanggup hadir dari jauh.

“Ada keluarga yang datang dari Singapura dan Indonesia. Jadi Iqa patah balik ke dewan selepas van jenazah sampai.

“Tapi kami tak lama ke majlis sebab terus ke surau dan lega sangat sempat jumpa jenazah sebelum dikebumikan petang selepas Asar.

“Iqa tak bersanding pun masa majlis hari tu. Kek pengantin pun tak potong. Malam pertama selepas tahlil baru kami potong kek pengantin tu,” katanya lagi.

Menurut Mawie yang juga seorang TikToker, bapa Iqa pula terpaksa diusung menaiki kerusi roda ke tanah perkuburan Ampang, di mana ibu Ika dikebumi.

Walaupun dalam keadaan sakit disebabkan masalah jantung dan kencing manis, bapanya tetap hadir ke tanah perkuburan sebagai penghormatan terakhir buat pasangannya.

Hantaran dimuat naik di Instagram mendapat pelbagai reaksi dan komen netizen yang rata-ratanya sebak mendengar dengan ujian besar terhadap Iqa.

Dalam posting sama, Mawie menitipkan pesanan ringkas menyatakan sekiranya kita rasa sedih dan susah, ingatlah ramai lagi yang lebih berduka daripada kita di luar sana. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 29-8-2023 10:47 AM
kesiannya..nak celebrate wedding anniversary nnti mesti terkenang sekali hari pemergian ibu tersayang
Quote mamajawie 29-8-2023 10:55 AM
salam takziah..kesiannya..
Quote Mamason 29-8-2023 11:06 AM
Innalillahiwainnailahirojiunnn... Salam Takziah.  Kesiannyaaa...
Quote midori888 29-8-2023 11:41 AM
Mak kat spital tapi masih nak teruskan dgn majlis..psl tetamu dtg tu, am sure tetamu pun faham kalu ada kes kematian, tak kisahlah dtg dari jauh ke dekat. Wakilkan jer org lain utk layan diorg.
Quote Supersirap 29-8-2023 12:30 PM
Salam takziah diucapkan
Quote azalia72 29-8-2023 12:42 PM
Mujur tempat majlis tak jauh dari hospital, dapat la berulang alik.

Tarikh bersejarah - hari pertama menjadi isteri dan hari terakhir menatap ibu tercinta. For me pengantin dah berusaha berikan yang terbaik.  

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.084144 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top