Tahun lepas kecoh tentang seorang individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin al-Idrissi mendakwa dirinya keturunan Nabi Muhammad SAW. Beberapa program yang menjemputnya di Malaysia tahun lalu dibatalkan atas salah faham pihak penganjur serta isu berkenaan permohonan tauliahnya untuk mengajar.
Bagaimanapun baru-baru ini difahamkan Mawla Muhammad datang sekali lagi ke Malaysia dan menyertai sebuah program di Melaka. Dalam acara tersebut, Mawla Muhammad kelihatan memakai busana tradisional Melayu serta lengkap bersamping dan bertanjak. Selain itu, terdapat juga video yang memaparkan dia diarak sambil menunggang kuda, ramai yang membanjiri kawasan tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan individu yang didakwa keturunan Nabi Muhammad SAW itu.
Walaupun acara itu kelihatan meriah dan ramai pengunjung yang hadir namun ada segelintir netizen yang menganggap individu itu tidak perlu disambut dengan cara sebegitu. Malah, ada yang masih meragui status serta tauliahnya dalam menyampaikan dakwah, ramai juga yang merasakan sanjungan buat individu itu berlebih-lebihan. -CARI
|
esbok replied at 29-8-2023 11:05 AM
kenapa dia sentiasa berkaca mata hitam
Mary_jane replied at 29-8-2023 12:23 PM
Asik video diarak je keluar, video sampaikan ceramah mana?
ADVERTISEMENT