CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis Menangis Lawat Rumah Paling Miskin Tapi Buktikan Kemiskinan Bukan Alasan Jadi Pengotor

29-8-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6826| Komen: 30

Siapa sangka rumah kayu usang ini mampu mengubah tanggapan anda terhadap kehidupan keluarga miskin yang menetap di rumah ini.

Walau hanya sebuah bilik kecil yang berdindingkan papan, tetapi keadaannya begitu kemas dan teratur serta dihias cantik menggunakan dekorasi sedondon warna merah jambu.


“Rumah paling miskin saya lawati dan buat saya menangis,” kata aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi menerusi hantaran di Facebook menunjukkan betapa dia terpesona dengan keadaan bilik kecil itu.




Berkongsi pengalaman, Syed Azmi berkata, perkara itu menarik perhatiannya ketika melakukan lawatan ke rumah-rumah asnaf di Kelantan, baru-baru ini, mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita (PUAK Payong).

“Setiap kali saya melawat rumah asnaf, fokus kami adalah kebajikan kanak-kanak. Jadi, bilik tidur kanak-kanak adalah salah satu keutamaan kami terutamanya tempat mereka belajar dalam rumah.

“Dalam banyak-banyak rumah, bilik ini memang mencuri perhatian saya,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, Syed Azmi berkata, rumah itu dihuni oleh pasangan suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka.


Menurutnya, si suami mencari rezeki sebagai pemandu lori dan isteri merupakan suri rumah.

“Gaji, upah tak menentu. Ada tiga anak perempuan yang semuanya masih bersekolah. Memang keluarga ni cukup makan dan sekolah saja.

“Keluarga ini tak ada hutang atau pinjam mana-mana. Makan sekadar apa yang perlu tapi tak adalah sampai ada hari yang tak makan langsung. Cuma tak mewah,” katanya.

Mengenai kesusahan keluarga ini, kata Syed Azmi, mereka perlu membeli air untuk minum dan rumah sering dimasuki air setiap kali banjir berlaku.


FB

“Kenapa saya cakap keluarga ini paling susah? Sebab mereka ada air perigi tapi berbau dan tidak sesuai untuk diminum.

“Tingkat bawah sentiasa dilanda banjir. Mak ayah duduk di tingkat bawah yang tak ada apa-apa perabot. Semua dindingnya comot, kesan banjir setiap tahun,” ujarnya.



FB

Syed Azmi berkata, rumah keluarga itu mempunyai loteng yang dibuat pembahagi hanya untuk tiga anak perempuan mereka duduk dan belajar.

“Lampu pun mereka tarik dari bawah ke atas dan waktu malam je pasang.

“Nampak sangat keluarga ni mengutamakan persekolahan dan kebersihan. Tak perlu diperkatakan dengan kata kata, tengok rumah pun dah tahu,” katanya.



Walaupun baru darjah dua, kata Syed Azmi anak bongsu pasangan itu menghias biliknya sendiri dengan cantik.

“Dalam 10 rumah yang saya pergi, ini yang paling miskin tapi ramai tak nampak miskin itu sebab nak bandingkan dengan rumah-rumah lain yang mereka lihat.

“Mak dia cerita anak bongsunya memang kreatif dan cuba berjimat-cermat untuk menghias bilik selain disediakan oleh keluarganya,” katanya.


Loading FB Post...

Syed Azmi berkongsi mengenai bilik kanak-kanak berusia lapan tahun yang cantik dan kemas itu kerana mahu menunjukkan bahawa kemiskinan bukan bermakna sesebuah rumah itu perlu nampak kotor dan daif.

Malah kata Syed Azmi, dia mendapati banyak rumah yang tidak daif meskipun penghuninya sekeluarga menjalani kehidupan yang serba kekurangan dan mengalami kekangan kewangan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 29-8-2023 10:27 AM
bersih dan kemas.. aku yakin kalau malam2 nyaman2 sejuk disana.. tp siang mungkin hangat sket..
Quote _blackbird 29-8-2023 10:47 AM
org mcm ni yg patut dibantu keluar dari kemiskinan, org yg tak malas cuma peluang tak dpt
Quote ketambangkang 29-8-2023 10:51 AM
kreatif..ape je yg berwarna pink semua dia recycle jadikan decor
Quote Triple_8 29-8-2023 10:53 AM
Sekejap lagi datanglah mangkuk hayun suruh bagi pancing jangan bagi ikan. Dia ingat zaman nabi dahulu orang hanya bagi sedekah kapak dan tali sahaja.
Quote krustykrab 29-8-2023 11:07 AM
Rumah kecik senang nk jaga kebersihan.
Ada stgh org selagi boleh renovate sebesar alam dapur dia, dia buat tp bab kebersihan dapur dan tandas mmg out. Dgn lantai berminyak, siling penuh sawang, tandas/ bilikmandi byk sampai 6 tp kotor nk mampus. Yg duduk dlm rumah tu buat apa tak tau lah.
Betul la ada sorg ustaz ni ckp umo dh 50 ke atas dgn gigi pun tadak tp gigih renovate bg rumah besar konon bila anak² menantu balik ada ruang. Tp yg ko renovate tu dapo, bilik punya la kecik utk family anak menantu tido. Nk suruh diorg tido kt dapo ko kot? Bilik air kotor berdaki, dgn toiletries pun takdak lgsg.
Ni la yg patut org panggil miskin, bukan miskin duit tp miskin pemalas pengotor
Quote Mamason 29-8-2023 11:11 AM
Tajuk xmenahan... Aktivis menangis ... adehhh... kalau terharu or terkedu or terkesima lain sikit keadaannya.. ni sampai nangis... mudah beno toyak yek.
Quote Thunderclouds 29-8-2023 11:14 AM
Umah mcm nih siang hari panas bdengunggggg..
Xleh bwk bincang.
Bukak kipas 2-3 pn rasa angin panas
Mlm² sejuk ketaq.
Quote BoongaKertas 29-8-2023 01:56 PM
benci yg kaitkan miskan = pengotor. iols team anak2 dara owner rumah ni and also mimi smeg yg viral haritu.
Quote Simunggu 29-8-2023 02:17 PM
bersih & kemas = cantik..
Quote acikhan 29-8-2023 02:18 PM
haku pernah sewa umah kg cmnie...fuh siang bahang x boleh ckp, kipas pun x Rasa tp mlm mmg sejuk tp tgh2 mlm baru mai sejuk nyer... cantik n kemas umah nyer...
Quote acikhan 29-8-2023 02:20 PM
krustykrab replied at 29-8-2023 11:07 AM
Rumah kecik senang nk jaga kebersihan.
Ada stgh org selagi boleh renovate sebesar alam dapur dia, di ...

haku ujung minggu kdg2 Ade wat cleaning umah org tp Ade benaran nyer, umah beso tp nk kemas luar dlm allahu hanya bersabar je la demi Cari rezeki... haku paham deme keje kuar pgi balik mlm dorg x de masa nk kemas...
Quote Myhappyending 29-8-2023 02:21 PM
Dah ban puakpayong sejak kejadian bainon
Quote adila39 29-8-2023 02:26 PM
semoga Allah buka rezeki keluarga ni seluas luasnya. Aamiin ya Allah.
Quote dua_chzy 29-8-2023 02:27 PM
Waaah aiols like!
Quote bambimo 29-8-2023 02:34 PM
Kemas dan bersih rumah nya.bilik pink tu pun cantik
Quote kemaruk 29-8-2023 02:42 PM
Korang belum masuk bilik ahim lagi
Quote Skuau 29-8-2023 02:47 PM
_blackbird replied at 29-8-2023 10:47 AM
org mcm ni yg patut dibantu keluar dari kemiskinan, org yg tak malas cuma peluang tak dpt

"b40...pemalas...arapkan duit kita jer"-t20
Quote supernaturalee 29-8-2023 02:49 PM
satg ada yg kata
xde anak kecik boleh laaa


Quote riyadhK 29-8-2023 05:24 PM
Kemasnya. Seronoj tgk kalau lantai licin takde barang bersepah gitu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top