JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menghidap penyakit kanser limfoma sejak setahun lalu buntu untuk mencari wang sebanyak RM420,000 bagi menampung perbelanjaan perubatannya. Norfarahain Abd. Manap, 34, berkata, dia dan suaminya, Muhammad Adam Abdullah, 29, tidak mampu untuk membeli ubat yang disyorkan doktor kerana menyamai nilai sebuah rumah.
Katanya, dia memerlukan suntikan pembrolizumab bagi meningkatkan peluangnya untuk hidup lebih lama. “Ubat itu dapat meningkatkan sistem imunisai badan bagi mengesan, melawan sel tumor selain meningkatkan peluang hidup penghidap kanser seperti saya. “Saya disahkan menghidap kanser itu pada Ogos tahun lalu dan sudah melakukan kemoterapi sebanyak enam kitaran,” katanya. Namun, menurut Norfarahain, sel kanser kembali aktif dan sudah mencecah tahap dua dan merebak ke paru-paru sejak Jun lalu.
Tambahnya, imbasan tomografi berkomputer mendapati, kanser itu sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan. “Ia menyebabkan saya kerap batuk, sesak nafas dan badan kerap lemah dan keletihan,” katanya. Sementara itu, Muhammad Adam yang juga bekas tentera berkata, permohonan bantuan daripada Kementerian Pertahanan juga belum ada maklum balas. Katanya, dia tidak sanggup untuk melihat isterinya terus menderita dan memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengumpul dana untuk membeli ubat tersebut. “Saya mengenali Norfarahain yang berstatus ibu tunggal empat tahun lalu dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari lalu selepas kagum dengan kekuatan dan semangatnya meneruskan kehidupan. “Namun, pendapatan saya RM2,000 sebulan tidak mampu menampung kos untuk tanggung persekolahan anak berusia 10 dan 13 tahun, beli ubat cairkan darah, susu khas selain vitamin,” katanya. Orang ramai yang ingin meringankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316. -CARI Sumber: Kosmo
|
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:40 PM
Kazen aku dpt kanser otak, doktor kata xde peluang hidup, lalu kazen aku ikut cara rawatan dokc noor ...
CatMiow replied at 29-8-2023 01:47 PM
Jadi perkembangan dia macamana?
Dr saya cakap,makan makanan hijau memang antioksidan dan anti inf ...
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:59 PM
Hidup lagi dia, kanser tu dh hilang, yg paling penting bagi pesakit kanser adalah sokongan kuat dr ...
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:59 PM
Hidup lagi dia, kanser tu dh hilang, yg paling penting bagi pesakit kanser adalah sokongan kuat dr ...
AkokKocik replied at 29-8-2023 01:40 PM
Kazen aku dpt kanser otak, doktor kata xde peluang hidup, lalu kazen aku ikut cara rawatan dokc noor ...
monreyes replied at 29-8-2023 01:02 PM
spital gomen x leh treat ke
CatMiow replied at 29-8-2023 02:46 PM
Yup betul, tak semestinya yang kanser mati sbb kanser, tapi kalau nak kasar sikit, kalau mati sbb ...
pekanwoohoo replied at 29-8-2023 01:58 PM
Maaf cakap lah kak, lebih baik mati aje. Tapi sebelum mati tu beribadah lah sebaiknya. Paling tidak ...
___ replied at 29-8-2023 02:57 PM
dia amalkan ni untuk berapa lama sampai kanser tu boleh hilang?
kanser ni makanan yg paling kena e ...
ADVERTISEMENT