CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Akan Usaha Dapatkan Cikgu' - Guru Terkejut Dapat Mesej WhatsApp Pelajar Ajak Kahwin

29-8-2023 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2068| Komen: 9

Seorang guru wanita di Indonesia meluahkan rasa lelahnya apabila menerima mesej luahan cinta daripada seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp yang turut mengajak dia berkahwin.

Wolipop semalam melaporkan, Rindy Yanti menerima pesanan tersebut daripada pelajar bernama Fatur.



TikTok

“Kehidupan saya sudah cukup meletihkan, ditambah lagi apabila menerima pesanan ringkas seperti ini  daripada murid,” kata Rindy dalam keterangan hantarannya.

Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu, si pelajar memberitahu bahawa dia merupakan pelajar Rindy ketika wanita itu mengajar di Sekolah Madrasah Aliyah dan mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.

Apabila ditanya mengapa dia mengutarakan pertanyaan tersebut, Fatur memberitahu bahawa dia menyukai Rindy dan ingin mengahwininya.

“Apabila tamat sekolah nanti, saya mahu berkahwin dengan cikgu, boleh? Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan cikgu,” katanya.


Rindy kemudian menasihati Fatur agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan ibu dan bapanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.



“Fatur, anda belum tahu bagaimana kehidupan selepas tamat sekolah,” kata seorang netizen.

“Fatur, mungkin anda anak orang kaya tujuh keturunan kerana berani mengajak guru berkahwin selepas habis sekolah menengah,” kata netizen.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TeropongThaico 29-8-2023 09:53 AM
Mesti budak tu tak hensem
Quote Jiddin 29-8-2023 11:04 AM
Berapa common agaknya guru guru wanita diganggu dan sexually harassed by students tapi memilih untuk diam?
Quote airfilterkotor 8-9-2024 12:02 PM
Pundek atas aku ni datang lagi dengan spamnya.
Pundeklah.
Quote Tumpang-Sibok 10-9-2024 04:17 AM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030488 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top