CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Culik Bayi Gelandangan OKU Untuk Festival Keagamaan

29-8-2023 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2059| Komen: 8

Sepasang suami isteri menculik bayi berusia sebulan atas permintaan anak perempuan mereka yang ingin meminta saudara lelaki untuk mengikat ‘rakhi’ dalam sebuah festival keagamaan.


Memetik laporan NDTV, pasangan yang ditahan polis itu, Sanjay Gupta, 41, dan Anita Gupta, 36, dari Raghubir Nagar di Tagore Garden, India sebelum ini mempunyai anak lelaki berusia 17 tahun, namun meninggal dunia tahun lalu.


Gambar hiasan

Polis mendapat maklumat berhubung kes penculikan membabitkan bayi kepada gelandangan yang juga seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di laluan pejalan kaki di Chhatta Rail Chowk.

Mereka mendakwa bahawa apabila terbangun kira-kira jam 3 pagi, bayi mereka sudah tiada dan mengesyaki seseorang menculiknya, kata seorang pegawai kanan polis.


Semasa siasatan, polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran dan melihat dua orang yang membawa basikal berkeliaran di kawasan itu.

Polis memeriksa rakaman 400 kamera CCTV di kawasan sehingga ke sebuah hospital dan mendapati suspek menggunakan basikal yang didaftarkan atas nama Sanjay untuk menculik.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Utara, Sagar Singh Kalsi berkata, Sanjay dan Anita mendedahkan bahawa anak lelaki mereka meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan pada 17 Ogos tahun lalu.

Anak perempuan mereka berusia 15 tahun meminta seorang saudara lelaki untuk mengikat 'rakhi' pada festival keagamaan yang akan datang.

"Jadi, mereka memutuskan untuk menculik seorang budak lelaki.

"Ibu bayi yang diculik itu mengalami kecacatan kedua-dua tangan dan kaki. Pasangannya pula adalah pencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber rezeki.

“Mereka kehilangan tempat tinggal dan kini berteduh di laluan pejalan kaki," katanya.

Rekod jenayah lampau mendapati Sanjay seorang artis ukiran tatu sebelum ini terbabit dalam tiga kes jenayah.

Untuk makluman, rakhi adalah peristiwa istimewa secara tradisional diberikan kepada saudara lelaki daripada saudara perempuan untuk diraikan dengan mengikat benang suci di sekitar pergelangan tangan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 29-8-2023 08:50 AM
Baru tau kt yindia, basikal pun kena daftar.
Quote ketambangkang 29-8-2023 08:51 AM
rajin inspektor sahab dia cek 400 cctv, selalu dlm filem polis dia pemalas
Quote TeropongThaico 29-8-2023 08:59 AM
Selama ni ingat perayaan rakhi tu utk raikan perempuan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.032103 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top