CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Tahun Usia Perkahwinan, Wanita Lahirkan 9 Orang Cahaya Mata, Tak Kisah Dilabel Kilang Anak

29-8-2023 12:57 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13716| Komen: 17

Beijing, China: Seorang wanita di China melanggar norma masyarakat dengan melahirkan seramai sembilan anak dalam masa 13 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Wanita hanya dikenali sebagai Tian, 34, itu dan suaminya, Jiao berkenalan ketika mereka masih di sekolah menengah. 



Selepas tamat pengajian di universiti, mereka terus berkahwin dan Tian melahirkan anak sulung perempuannya pada 2010.

Tian yang kemudian menaruh impian untuk memiliki anak lelaki, melahirkan sepasang kembar lelaki pada 2012.

Wanita itu bagaimanapun berasa sunyi dan ingin melihat lebih ramai anak menceriakan rumah mereka.. 

Hasil persetujuan suami, dia kemudian melahirkan anak keempat.

Setelah empat tahun, dia melahirkan empat lagi anak dan seorang bayi lagi pada 2022. 

Tian mengaku dia sedang hamil anak ke-10 dan ingin memiliki 12 orang anak.


Walaupun sesetengah orang melabelnya sebagai mesin pembuat bayi, Tian tidak peduli kerana dia ingin memanfaatkan gen suaminya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 29-8-2023 01:09 AM
Sorg je anak dia yg senyum
Quote pocongkiutss 29-8-2023 01:11 AM
Eh bukan ke timing masa dia kawin ni..china limitkan 1 keluarga 1 anak?
Quote ina_na 29-8-2023 01:41 AM
Dia beranak ramai2 ni ade dpt ape2 elaun dr krjn China ke..sbb skrg ni mmg dah boleh beranak ramai kan..tp ni dah mcm pasukan bola..tp serious la anak2 China ni mesti kn belajo sepanjang masa...kasar modal dia tuk anak2 faham2 je la org cina ni Kalo ade anak..tuk pendidikan je dah berabis berapa
Quote faraway1 29-8-2023 02:22 AM
Baru tengok series kat Netflix pasal non status warganegara China.

Sebab dia second child so tak boleh daftar tak da identity card so cam Tak exist gitu..

Yang ni lain ke, adakah sorang aje ada status lain semua tak diiktiraf kelahiran..
Quote sharlenetexas 29-8-2023 03:42 AM
Nak jadi Cheaper By The Dozen kah?

Quote liyamariska 29-8-2023 05:38 AM
pertama kali tgk warga China beranak ramai...

bukan ker polisi negara tu satu family ada satu anak jer?
Quote Pajeri_Nenas 29-8-2023 05:52 AM
Org kaya ni
Quote Perawankota 29-8-2023 05:56 AM
Comel lg jugak anak2 dia
Quote Miss_Ceri 29-8-2023 08:21 AM

Kalau xsilap china now maximum blh lahir 3 org anak. Kalau lebih kena bayar denda pada kerajaan, and kalau kerja gomen akan dinasihatkan untuk berhenti.  
Quote prince_marhaen 29-8-2023 09:55 AM
mesti cainis ado ado ni... laki mesti keja elok ke ada bisnes ke, so tak kisah bayar denda lebih anak..

[quote]"Tian tidak peduli kerana dia ingin memanfaatkan gen suaminya.....[quote]

maybe dia bangga laki dia ada genetik bijak ke apa..tapi biasanya genetik bijak ni daripada ibu... apa2 je lah labu..janji tak merempat bila beranak ramai sampai kena duduk dalam kereta lepas kena halau ngan mertua.. gitteww..
Quote supernaturalee 29-8-2023 09:59 AM
Cleocatra replied at 29-8-2023 06:42 AM
Cino ado2 la ni. Muka mak pun dah reno. Sebab anak2 semuak sepet belaka. Mana paknya?

dh mcm kt sini
beranak ramai tp bila bergambar mesti yg tok laki nya x join sekali


Quote shernazz 29-8-2023 11:50 AM
Baby tu mak oi tembamnya
Comellll
Quote Shayang 29-8-2023 12:54 PM
Semua muka mcm cina
Quote plywood 29-8-2023 01:14 PM
dichina beranak ramai keluar berita sebab jarang berlaku kerana halangan tetapi dimalaysia keluar berita beranak ramai biasanya minta bantuan ...
Quote midori888 29-8-2023 01:28 PM
both parent educated...anak2 pun nampak kemas & bersih...dari background gambar nampak mcm dari golongan ada2 di China..so oklah nak beranak ramai...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.042309 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top