CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penembak Osama Kena Tahan

28-8-2023 08:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1328| Komen: 1

Houston: Robert O'Neill, lelaki yang mendakwa menembak mati Osama Bin Laden ditahan di Texas, awal minggu lalu.

Bekas anggota skuad elit Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), SEAL itu ditahan di Frisco dan dituduh kerana mendatangkan kecederaan kelas A dan mabuk di tempat awam.


ROBERT O'Neill. FOTO Twitter.

O'Neill, 47, itu dilepaskan dengan jaminan bon $3,500 (RM16,283.75), namun polis tidak mengulas lanjut.

Bekas tentera yang kini menulis buku itu tidak mengulas isu penahanannya, dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau diwakili peguam. Menurut laporan di media sosial, O'Neill berada di bandar itu untuk merekod siaran podcast.

Penahanan terbabit bukan masalah pertama dihadapi O'Neill. Pada 2020, dia pernah disekat daripada menaiki Delta Airlines selepas enggan memakai pelitup muka dan pada 2016, dia ditahan kerana memandu mabuk.


Pendakwa raya bagaimanapun mengugurkan tuduhan pada Oktober tahun sama.

Lelaki itu popular selepas mendakwa berjaya membunuh pengganas Osama Bin Laden ketika serbuan tentera AS pada 2011.

O'Neill kemudian berkongsi kisahnya dalam buku The Operator yang dikeluarkan pada 2017, tetapi kerajaan AS tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaannya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 28-8-2023 08:23 PM
Iols rasa Osama bin Laden adalah fictional character yg dicipta utk tujuan propaganda

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.079480 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top