CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM Adakan Operasi Khas Banteras Penjualan Air Zam Zam Tidak Sah

28-8-2023 08:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1322| Komen: 1

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), mengadakan operasi serbuan khas di beberapa kawasan bagi menyiasat aktiviti penjualan serta pengedaran produk yang didakwa sebagai air zam zam.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, hasil daripada operasi yang dijalankan di ibu kota pada Jumaat lalu, seorang individu didapati menjual produk air zam zam secara tidak sah di premis perniagaan persendirian.

Gambar hiasan

Beliau berkata, serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Pejabat Kesihatan Cheras itu telah menyita sebanyak 83 botol atau 41.5 liter produk air zam zam bernilai RM2,075.

"Di samping itu, satu Notis Kompaun dikeluarkan kepada individu yang terbabit dengan nilai RM3,000 disebabkan kesalahan mengikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.


Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Dr Muhammad Radzi berkata, satu serbuan khas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut dijalankan pada Isnin lalu di Petaling Jaya dan sebanyak 10 botol (5 liter) air zam zam bernilai RM1,600 dirampas dengan satu notis kesalahan di bawah peraturan sama dikeluarkan.

Selain itu, beliau berkata, hasil aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2012 hingga kini, nilai rampasan air zam zam adalah berjumlah RM83,618.20 dan 32 iklan berkaitan penjualan produk itu telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang.

Katanya, hasil pemantauan di media sosial sejak 2021 hingga kini, sebanyak 63 iklan air zam zam telah dipadamkan daripada platform itu.

"Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

"Dalam kes ini, didapati Kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan," katanya.

Justeru, Dr Muhammad Radzi menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan membeli produk air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan, selain melarang penjualan air zam zam di semua platform sama ada secara fizikal mahupun secara dalam talian.

"Mana-mana peniaga atau pengedar yang masih mempunyai stok air zam zam tersebut diarahkan untuk menghentikan serta merta penjualan dan seterusnya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini diminta menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menyalurkan aduan menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 28-8-2023 10:36 PM
Bukan ni supposed to be under KPDNKK ke? KKM ni pada serbu kedai jual air zam zam tak sah, baik serbu kedai jual vape. Bersepah dah sekarang ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054887 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top