CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki Bawah Umur Bunuh Kawan Sebab Kacau Teman Wanita, Buang Mayat Dalam Parit Ladang Kelapa Sawit Rungkup

28-8-2023 07:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17398| Komen: 43

Bagan Datuk: Remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki membunuh kawan sendiri yang didakwa mengganggu teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata suspek berusia 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di Hutan Melintang, kelmarin.


Menurutnya, hasil soal siasat, suspek dipercayai membunuh mangsa berusia 21 tahun pada 20 Ogos lalu sebelum membuang mayatnya di sebuah parit dekat Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, di sini.

Foto: Harian Metro

"Identiti mangsa sudah kita kenal pasti. Suspek dan mangsa adalah kawan dan jiran yang tinggal di sebuah taman perumahan di Teluk Intan.

"Punca bunuh disebabkan suspek berasa cemburu kepada si mati kerana mengganggu teman wanitanya yang berusia 20 tahun.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dalam pada itu, Ahmad Adnan turut menafikan mesej berantai yang tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat dua mangsa bunuh.

Katanya, berdasarkan siasatan pihak polis, hanya satu sahaja mayat mangsa bunuh ditemukan dalam kes terbabit.

Pada 24 Ogos lalu, satu mayat tanpa identiti yang sudah mereput ditemukan di dalam parit ladang kelapa sawit di Rungkup, di sini, dengan kesan kelar di leher serta luka di bahagian tangan dan kaki mangsa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-8-2023 08:21 PM
Astaghfirullah...ni DNA indon ke ni yg suka bunuh2 ni
Quote JunkMail 28-8-2023 08:21 PM
Dasat generasi sunat laser ni.. takde pukul²..terus bunuh je.
Quote noor2 28-8-2023 08:22 PM
Ni semua salah umno dan BN yg bawak pendatang indon yg jd keturunan sesetengah rakyat Malaysia ni dah...
Quote Skuau 28-8-2023 08:36 PM
noor2 replied at 28-8-2023 08:22 PM
Ni semua salah umno dan BN yg bawak pendatang indon yg jd keturunan sesetengah rakyat Malaysia ni da ...

kok salah gue?-wak...
Quote edayildiz 28-8-2023 08:40 PM
mix ke budak ini
Quote gideoncross 28-8-2023 08:41 PM
Bf 17, gf 20. Yg d bunuh 21 thun, panahan Nuna-Dongsaeng type of relationship ke ni?
Quote CatMiow 28-8-2023 08:50 PM
Lelaki gaduh perempuan, perempuan gaduh lelaki, dua2 spesis ng0k. Apa tah sampai berbunuh... Buli berkumpulan pun dah ku rasa kategori iq rendah.

Takat tarik2 rambut, tumbuk2 sikit iols boleh la terima kalau bawah umur
Quote dua_chzy 28-8-2023 08:53 PM
Mangsa kacau gilpren suspek macam tenuk yang ajak main sebagai balasan tolong carik rumah sewa ke?
Quote pokokmeranti 28-8-2023 08:58 PM
Berebut kemaluan sampai bergaduh....
Quote makadek 28-8-2023 09:01 PM
Mati katak gitu je.. Sbb nk kan cipap
Quote syamzana 28-8-2023 09:01 PM
kacau gf org mcm mana tu sampai bfnya sanggup membunuh siap buang mayat lagi.
dasyat betul bdk2 skrg, savage lain macam..
org kalut nak spm ko bercinta sampai membunuh org, dah la jiran setaman plak tu. dah tak psl2 fmly bergaduh kene pindah rumah pasni
Quote Jitu 28-8-2023 09:02 PM
ganasnya mcm keturunan seberang je ni
Quote Thunderclouds 28-8-2023 09:02 PM
Dorg ni igt pulis ni bodo mcm depa gamaknya.
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 09:08 PM
Tak seram ke bunuh manusia. Mau sampai tua boleh trauma siang malam.
Quote Suchi 28-8-2023 09:13 PM
Edited by Suchi at 28-8-2023 09:14 PM

Dejavu mengingatkan kes kat sungai besar, kes pakwe bunuh dan bakar gelpren kat ladang sawit tu.
Maybe sbb lokasi yg lebih kurang sama, pelaku pun maybe dr rumpun/etnik yg sama.
Biasa berita2 gini terjadi kat negara kanoha.
Malah netizen sana pun dulu terkejut bila tau kejadian kekasih bunuh gelpren tu terjadi kat malaysia, sblm tu depa siap sindir2 apa nak jadi ngn negara kanoha ni sekali rupanya berlaku kat malaysia
Quote batu kikir 28-8-2023 10:24 PM
Bila berkawan, jangan terlalu rapat.
Ramai dah yang aku baca..........kawan bunuh kawan.
Seluruh dunia.
Keep a distance. Jangan semua rahsia kita share dengan kawan.
Quote 3chanceno 28-8-2023 10:58 PM
Kesian famili nak hadap kes nie  1 mati & 1 lagik tunggu hukuman, yg pompuan tu nanti aman2 kawin dgn jantan lain

Anak2 nie kadang mak bapak dah tunjuk ajar, tapi tu lah tak masuk otak yg baik2 tak dengar
Quote Sesuatu… 28-8-2023 11:00 PM
Sadisnya dik smpi kelar org dek girlfriend cinta monyet
Quote nw111 28-8-2023 11:01 PM
Dh mcm indon kt msia skrg ni... Bodonya ko budak..sbb betina sampai bunuh org.. gelap masa depan

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055100 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top