PETALING JAYA – Pengguna media sosial kesal melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar-pelajar tahfiz dalam sebuah konsert di Shah Alam, baru-baru ini.
Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dinnnnn5x, persembahan COEX disifatkan agak keterlaluan dari segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut. Lagu yang dipersembahkan oleh COEX ketika itu juga berjudul Selamat Jalan Romeo dendangan Ramlah Ram. Susulan itu, terdapat pelbagai reaksi orang ramai antaranya kecaman terhadap pihak penganjur yang dianggap tidak sensitif sebelum menjemput pelajar-pelajar tahfiz berkenaan.
“Lepas ni tolonglah mana-mana pusat tahfiz tolong cakna dengan setiap jemputan,” komen Miyu. “Kesian dekat anak-anak tahfiz itu. Mesti terpaksa tengok dan tak tahu nak buat apa,” komen Zue. “Allah, lindungilah anak-anak tahfiz tu. Kecewa betul dengan penganjur majlis ini,” komen seorang pengguna yang lain pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
mojarean_X replied at 28-8-2023 07:41 PM
X masalahnya ni event apa? Nape bdk2 tahfiz dijemput
Kentot_Wangi replied at 28-8-2023 08:37 PM
Adoi... Buat konsert tp pergi jemput budak2 tahfiz dh kenapa? Dorg punya la jaga batas2... Bijak sgu ...
gideoncross replied at 28-8-2023 08:40 PM
Nak memenuhkan dewan agknya.
Kentot_Wangi replied at 28-8-2023 08:43 PM
Itu la... Naya sguhhh....
dua_chzy replied at 28-8-2023 08:17 PM
Budak2 tu dah besar lah.
Deols don't need your protection. Bagus la bawak meka ke event sebegini. ...
ADVERTISEMENT