CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Elmina: Kenduri Adik Berjalan Lancar, Keluarga Allahyarham Muhammad Hafiz Perlu Masa Lupakan Kejadian

28-8-2023 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1501| Komen: 3

SUNGAI PETANI – Lebih seminggu tragedi berlaku, ahli keluarga mangsa nahas Elmina, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32 mengakui sukar untuk melupakan kejadian.

Bapa Allahyarham Muhamad Hafiz, Muhamad Saleh Othman, 57, berkata mereka sekeluarga kini sedang membiasakan diri untuk menerima suratan takdir yang menimpa mereka sekeluarga.



Foto: Kosmo

“Kami memang terasa sedih sangat kehilangan arwah tetapi dengan jarak dah seminggu ni perasaan itu sudah kurang sikit, mungkin ambil masa untuk kami biasakan diri nak hilangkan kesedihan ini,”ujarnya.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Skuad Perkeso yang mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat (FDM), hari ini.

Muhamad Saleh berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengunjungi rumah keluarganya sejak anak sulungnya itu meninggal dunia.


Katanya, dia sempat mengunjungi pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Huda, Kampung Jerung, di sini, pada Jumaat lalu selain melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

“Alhamdullilah, majlis perkahwinan adik arwah, Noorhidayah,30 juga sudah dilangsungkan pada Sabtu lalu dan majlis tersebut berjalan lancar dan ramai tetamu yang hadir,” ujarnya.

Sementara itu, adik arwah, Norhikmah, 26, berkata arwah abangnya menjadi tempat adik-adik mendapatkan nasihat dan pandangan jika mereka mempunyai masalah.

“Memang abang seorang yang baik dan kalau saya nak apa-apa nasihat, saya akan cari dia dulu.

“Sepatutnya dia balik majlis kenduri ini meriah, tapi kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-8-2023 09:05 AM
yela abang mati tetap mati yg nak kawen mstila teruskan ye dokkk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top