KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Peguam Negara agar mengkaji semula semua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden UMNO itu yakin jabatan tersebut akan mengambil tindakan segera bagi menggugurkan pertuduhan sekiranya memo daripada Jabatan Peguam Negara yang didakwa ditujukan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan pertuduhan ke atas Najib yang tular baru-baru ini adalah asli. “Rakyat khususnya kepimpinan dan ahli UMNO menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang dikenakan kepada Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh pihak Jabatan Peguam Negara. “Kami mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Najib benar-benar diberi keadilan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Walkabout Program Jualan Desa Madani di Busana Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, hari ini.
Terdahulu, sebuah dokumen yang didakwa ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan syarikat pelaburan petroleum antarabangsa (IPIC) setebal 12 muka surat bertarikh 10 September 2019 menyentuh berkenaan dengan enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah. Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi dari pasukan pendakwaan IPIC yang didakwa ditujukan kepada Tan Sri Tommy Thomas selaku Peguam Negara ketika itu. -CARI Sumber: Kksmo
|
Lagubestbest replied at 28-8-2023 11:14 PM
boleh dah sape2 saman wak atas cubaan salah guna kuasa.
kemaruk replied at 29-8-2023 09:10 AM
jika memo itu benar, maka terbuktilah memang ada komplot untuk menganiaya bossku
bangkem dari dulu ...
stingerbumpy replied at 29-8-2023 09:45 AM
Baru serve setahun...kecoh ler.....
Pelan pelan kayuh ler....
kemaruk replied at 29-8-2023 09:48 AM
kayuh kuching jiran ke
ADVERTISEMENT