Berikutan kejadian kerani wanita yang mati dirogol dan dibunuh di Muar, seorang netizen berkongsi beberapa tips keselamatan khusunya kepada golongan wanita. Tips yang dikongsi oleh Cik Puan Nurul menyenaraikan enam perkara tanpa sedar yang mendedahkan wanita kepada risiko bahaya. 1. Kurangkan selfie. Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.
2. Jangan check in rumah sendiri. Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak. 3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah. Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik. 4. Jangan post no plat kereta Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat? 5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi. Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl. Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok. 6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook. Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak. Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia. Selfie yang kerap serta kaedah check-in mengundang bahaya apabila status yang dikongsi tersebut dipaparkan sebagai public atau umum. Tips tersebut mendapat 18 ribu perkongsian di laman Facebook. -CARI Infonet.
|
15
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 18-11-2015 11:21 AM
cikki yg dirogol dan dibunuh tu buat benda2 yg di atas tu ker....sorry kakak ketinggalan lrt
famri7 replied at 18-11-2015 11:53 AM
Barula kecit tercirit ummah2 bimbo semua..common sense kot xkan ummah xterdetik...oopss...lupa..kita ...
ADVERTISEMENT