CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Pelajar Culik Dan Bunuh Kawan, Minta Wang Tebusan Untuk Beli Komputer Untuk Main Game

28-8-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2010| Komen: 4

NEW DELHI, India – Tiga pelajar sekolah menengah di negeri Bengal Barat, India mengaku bersalah membunuh rakan mereka yang berusia 14 tahun.

Ary News melaporkan mereka menculik mangsa dan meminta wang tebusan untuk membeli komputer kerana ingin bermain permainan video.


Mangsa dicekik tiga rakannya selepas permintaan terakhir untuk makan sejenis pencuci mulut, rasgulla dan minum minuman sejuk ditunaikan. 


Gambar Hiasan

Mayat mangsa yang diikat di dalam guni ditemui di sebuah kolam di bandar Krishnanagar.

Polis menahan ketiga-tiga suspek dan membawa mereka ke sebuah mahkamah jenayah di Krishnanagar.

“Mangsa hilang petang Jumaat lalu ketika pergi ke kedai untuk membeli barang. 

“Ibunya menerima panggilan yang meminta wang tebusan 300,000 rupee (RM16,894) pada keesokan harinya dan dia membuat laporan polis,” kata seorang pegawai tempatan.


Suspek membunuh mangsa selepas mengesyaki ibunya tidak dapat membayar wang tebusan yang mereka minta. Ketiga-tiga penculik juga bimbang mereka akan ditangkap polis jika membebaskan mangsa.

Menurut sumber tempatan, bapa mangsa sudah lama meninggal dunia dan ibunya menyara hidup dengan bekerja menjaga orang sakit. -CARI

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 29-8-2023 06:58 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033981 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top