CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Lelaki Usia 6 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Melibatkan Lima Rumah

28-8-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1396| Komen: 3

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun rentung dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Lorong 16, Rancangan Perumahan rendah (RPR) Batu Kawa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.12 tengah hari tadi dan setiba di lokasi, mereka dimaklumkan orang awam bahawa seorang mangsa masih terperangkap di dalam salah sebuah rumah.


Katanya susulan itu, pasukan bomba terus membuat pemadaman sebelum melakukan kerja ‘overhaul’ untuk mengesan mangsa.

Foto: Kosmo

“Pada pukul 3.33 petang, pasukan bomba menemui mangsa di bahagian bilik belakang tingkat atas rumah kedua,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara, katanya dua daripada lima rumah dua tingkat terbabit, termasuk rumah mangsa musnah 100 peratus akibat kebakaran itu, manakala tiga buah rumah lagi masing-masing musnah 60 peratus, 50 peratus dan 20 peratus.


“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo09 19-12-2024 02:02 PM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.041366 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top