CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Ibu Bapa Buat 'Egg Prank' Ancam Kesihatan Anak

28-8-2023 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5320| Komen: 13

Pakar kesihatan mengkritik tindakan ibu bapa yang melakukan cabaran TikTok dengan memecahkan telur mentah di kepala anak mereka yang masih kecil kerana berisiko.

Kebanyakan video dengan tanda pagar #eggprank menunjukkan ibu bapa dengan anak kecil di dapur, 'bermain' dengan telur mentah sebelum ia dipecahkan pada kepala anak, berbanding terus ke dalam mangkuk atau kuali.



TikTok

Fenomena viral itu memperlihatkan sebahagian kanak-kanak menangis atau terkejut, malah ada yang lebih berani membaling telur ke arah ibu bapa mereka.

Menurut NBC, video dengan tanda pagar itu ditonton lebih 670 juta setakat Selasa, dan setengahnya mencatat enam juta tontonan setiap satu.

Pakar kesihatan memberi amaran 'gurauan' itu boleh memberi kesan buruk termasuk lebam di kepala dan menyebarkan kuman.

Penasihat Perubatan Kecemasan Paediatrik di Hospital Kanak-Kanak Johns Hopkins, Florida, Dr Meghan Martin yang mempunyai 1.3 juta pengikut TikTok berkata, cabaran itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kanak-kanak apatah lagi hiburan.


"Kita secara tidak langsung 'memecahkan' (kuman) salmonella pada dahi anak.

"Amat susah untuk memastikan kanak-kanak kecil mengambil ubat cecair apabila mereka sakit perut atau keracunan makanan, jadi mereka ini lebih berkemungkinan dimasuk ke hospital untuk cecair IV," katanya.

Ahli terapi paediatrik, Amanda Mathers yang mencuba cabaran itu sendiri menyifatkan perbuatan memecah telur di kepala adalah sukar.

"Saya terkejut, hampir mengalir air mata hanya untuk cuba memecahkan telur di kepala," katanya.



Bagaimanapun Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga di Hospital Mount Sinai di New York, Rebecca Burger-Caplan berkata, pengalaman sekali seperti 'egg prank' itu tidak mungkin menyebabkan kesan jangka masa panjang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 28-8-2023 04:14 PM
Makpak skrg memang akal stengah masak hanya semata2 utk buat konten.
Quote sharlenetexas 28-8-2023 04:20 PM
"Cerdiknya".

Quote gideoncross 28-8-2023 05:12 PM
AkokKocik replied at 28-8-2023 04:14 PM
Makpak skrg memang akal stengah masak hanya semata2 utk buat konten.

Aiol plak prnh nmpk apak humban lumpur msa main kat pntai dgn anak, anak tu kcil plak, smpai trjatuh budak tu d buatnya sbb c apak lempar kuat2. Mak plak ktawakn smbil record video, gila makpak muda zmn skrg.
Quote gideoncross 28-8-2023 05:14 PM

Aiol x brkenan dgn trend humban birthday cake & a slice of cheese kat org lain, stu pmbaziran & rude af.
Quote dua_chzy 28-8-2023 05:16 PM
"TIKTOK IS DIGITAL LOBOTOMY"

(quoted from some kokesen over the net)
Quote dani-rox 28-8-2023 07:13 PM
Child abuse yg dinormalisasikan dgn tiktok
Quote tikusmontok 28-8-2023 08:28 PM
Bodo nak mampos, lebih baik ko mandul.
Quote faraway1 28-8-2023 08:29 PM
So far tak teringin nak buat, sian anak
Quote naisyahmh 28-8-2023 08:36 PM
1. Wasted
2. Inappropriate
3. Failed parenting

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070837 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top