CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sangat Menjaga Solat, Tahajud, Baca Al-Quran- Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kandung Kuat Agama Rupa-Rupanya Lesbian

28-8-2023 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11411| Komen: 32

Seorang individu berkongsi tentang kakaknya yang didakwa menjalinkan hubungan dengan rakan sama jantina.

"Saya nak meluah sesuatu. Saya dapat tahu bahawa kakak saya lesbian. Dia bercinta dengan kawan semeja saya semasa saya sekolah menengah," luahnya menerusi Twitter.


Menurut individu itu, kakaknya tidak pernah berperangai buruk sepanjang mereka membesar bersama-sama, malah digambarkan sebagai seseorang yang taat kepada agama.

Gambar Hiasan

"Kakak saya tak pernah bermalam luar selama ni, sebab dia memang tak suka bermalam dekat luar kecuali rumah saudara mara.

"Betullah orang kata, kita tak boleh mudah menghakimi orang tu dari luaran. Kakak saya sangat menjaga solat, tahajud, baca al-Quran selepas solat semua. Tapi kenapa dia boleh jadi macam tu?" katanya lagi.

Menurut pengadu, kakaknya mula berasa pelik apabila dia mula menjauhkan diri dan mereka sudah tidak bertegur-sapa sejak dua bulan lalu.


Dia juga turut mendedahkan hal itu kepada ibunya kerana sudah tidak tahan menyimpan rahsia yang dianggap jijik dan memalukan.

"Saya rasa jijik sangat tengok kakak sendiri. Dia tak tahu yang saya tahu rahsianya. Kantoi sebab saya cari Twitter 'lesbo' dia. Ya Allah pegang tangan, peluk semua.

"Dengan adik sendiri pun tak buat macam tu. Sekarang dah dua bulan kami tak bertegur walau satu rumah. Dia ada tanya kenapa saya tak bertegur dengan dia. Saya buat bodoh je. Kakak saya baik sangat tapi kenapa sampai macam ni? Saya tak boleh terima.

"Sekarang mak saya dah tahu, menangis sampai demam. Tu pun tahu lepas mak saya deep talk dengan mak saya, kenapa tak bertegur dengan kakak. Sumpah saya jijik nak tengok kakak sendiri," luahnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen memberi nasihat kepada individu itu agar tidak mengambil pendekatan membenci, sebaliknya perlu membimbing kakaknya keluar daripada gejala songsang itu.

"Bagi saya, jangan terus jijik dengan dia, Manusia tak lari melakukan kesilapan. Sebagai keluarga, awak patut berbincang mendalam dengannya.

"Dia masih kakak awak walau apa berlaku. Awak patut memahami dan cuba bercakap dengannya. Jangan hakimi dan dedahkan tanpa kerelaannya," ujar netizen.

Sebagai peringatan, budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah turut bertentangan dengan undang-undang negara. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 28-8-2023 01:27 PM
Ruginya jadi lesbian. Ramai lagi laki yang belum berkahwin tercari2 pasangan.
Quote Binodino 28-8-2023 01:36 PM
Pegang tangan, peluk pun kena cop lesbo ke?

Quote otai_g 28-8-2023 01:39 PM
insulin replied at 28-8-2023 01:27 PM
Ruginya jadi lesbian. Ramai lagi laki yang belum berkahwin tercari2 pasangan.

Dia blm rs lg tongkat waran sejati tu
Quote asmurai 28-8-2023 01:54 PM
Edited by asmurai at 28-8-2023 01:56 PM

Adiknya pun, tolonglah carikan pasangan untuk kakaknya tuh. Kesian si kakak tu tak jumpa jumpa calon, dicariknya sama jenis sebagai peneman. Takde yang teman kang mati sorang sorang dalam rumah macam cikgu bujang mati dalam rumah kuarters sorang sorang baru ni


Quote kemaruk 28-8-2023 01:57 PM
Dah tergadai dara dek tusukan dildo ke
Quote sangbara2020 28-8-2023 02:14 PM
hasanahnya cerita
Quote Decaffeinated 28-8-2023 02:20 PM
Pada dasarnya sex memang menjijikkan sehinggalah nafsu joins in so semua yang jijik tu auto jadi sedap. Cuma bezanya sekarang what is sedap to you is zizik kat orang tu, and vice versa.

Tiada istilah I'm right, you're wrong when it comes to naluri ni. It's not like they choose to be lesbians. As much as you hate them, it's something neither of you can change.

Berdamailah dengan takdir. The world (reads YOUR world) will be a lot happier.

Quote AkokKocik 28-8-2023 04:12 PM
Setiap orang ada ujian hidup masing2, xyah kecam org lain xbetul, org lain salah, klu dpt tegur, tegur...xdpt tegur...lbh baik xyah kecam & cari org lain utk mnegur.
Quote sharlenetexas 28-8-2023 04:20 PM
Love is love khensss.


Quote chandrahusin 28-8-2023 04:21 PM
Zaman medsos ni
Semua nak selesai mslh melalui medsos
Kan sng kau confront kakak kau
Bgtau dia depan2
Quote sharlenetexas 28-8-2023 04:21 PM
kemaruk replied at 28-8-2023 01:57 PM
Dah tergadai dara dek tusukan dildo ke

Atau double sided?

Quote sranua 28-8-2023 04:22 PM
Setakat pegang tangan, berpeluk..takdela lesbo nya...lainlah ada video perlakuan seks penuh serakah gitu. Cuma remaja yg tersasar sedikit. Bila rasa panasnya jari jemari lelaki meramas jarinya dan lain-lain..masih boleh diselamatkan.
Quote Miss_Ceri 28-8-2023 04:31 PM

Takat pegang tangan, peluk² dgn bestie dah jijik. Kalau betul cerita ni rasanya budak ni yg ada problem bukan kakak dia. Jealousy maybe??
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 04:41 PM
Orang tu tersangat menjaga sholat pun ko nak pertikaikan. Jika dia tak sembahyang ko juga akan pertikaikan.
Quote ifanonline 28-8-2023 04:44 PM
obat lesbian ni ada satu je...batang!
Quote Clan204 28-8-2023 04:45 PM
tak berani nak komen apa2... mohon twitter berkenaan utk kajian saintifik
Quote OshinDaSolja 28-8-2023 05:03 PM
hmm... kisah aib keluarga tak perlu la dedah kepada umum...kesian kakak tu...
Quote hyie 28-8-2023 05:05 PM
apa kalau lesbo n gayah tak boleh buat solat bagai ke nyah? nak suruh diorang cikcur 24 jam aje ke naluri tu bukan benda yang boleh dipaksa2 macam paksa diri untuk solat. Agittew meols bekap kakak lesbo sheols gaytoh
Quote gideoncross 28-8-2023 05:23 PM
insulin replied at 28-8-2023 01:27 PM
Ruginya jadi lesbian. Ramai lagi laki yang belum berkahwin tercari2 pasangan.

Llaki2 skrg pun dh rmai yg gay, yg straight plak x nak in a relationship lgi sbb msih trauma dgn ex gf/tunang.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.107596 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top