Irma Hasmie menjadi antara pelakon yang hantaran di media sosialnya menjadi perhatian ramai selepas membuat luahan yang memberi gambara rumah tangganya bermasalah. Dalam hantaran terbaru di Instagram, Irma berkongsi video dengan menulis luahan hatinya yang panjang di ruang kapsyen.
"Mulai kini saya memilih untuk menuding jari ke diri sendiri kerana yang melangkah tiap hari itu adalah kaki sendiri. "Kita hanya manusia, yang berkuasa mengatur adalah Tuhan. Pemikiran kita, sangkaan kita, penyampaian kita mana mungkin mampu sama dengan yang Maha Berkuasa," tulisnya. Akuinya, dia bukan seorang insan yang sempurna, banyak salah silapnya dan tidak layak untuk marah dan melawan. Dalam luahannya, Irma sempat memohohon kemaafan daripada semua pihak yang pernah tersakiti dan terluka disebabkannya.
Dia kemudian menitip doa agar diberi kedamaian hati untuk semua orang. "Semoga Allah mendatangkan keajaiban dalam kehidupan bersama insan-insan yang menjadi penguat semangatmu," ujarnya. - CARI
|
immortallez replied at 28-8-2023 01:10 PM
Kalau dh gang dgn Lufya, Farah Lee, faham2 je la kenapa. Dia pun dh jd attention seeker suka meluah ...
bulalof: kata didikan agama bagus. tapi ...
ADVERTISEMENT