CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Meracau Nak Terjun Dari Papan Tanda Bandar Puncak Alam Sebab ‘Hilang Semangat’ Isteri Minta Cerai

28-8-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2481| Komen: 14

Seorang lelaki yang cuba terjun dari papan tanda Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini berjaya dibawa turun anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan panggilan diterima pihaknya pada 8.35 pagi.



ANGGOTA bomba bersedia menyelamatkan lelaki. FOTO ihsan Bomba

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki berusia 50-an sedang meracau dan berteriak di atas papan tanda.

"Mangsa juga mengugut untuk terjun ke bawah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, lelaki itu kemudian berjaya dibawa turun anggota bomba, 10.35 pagi tadi.


"Mangsa berada dalam keadaan selamat selepas dipujuk isteri dan rakan-rakan," katanya.

Menurut Kosmo! Online, lelaki berkenaan bertindak demikian kerana ‘hilang semangat’ gara-gara isteri meminta cerai.

“Siasatan awal mendapati punca lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran isterinya telah meminta cerai.

“Sepanjang berada di papan tanda itu juga didapati lelaki berkenaan telah meracau sendirian,” tambah Ahmad Mukhlis.


Sumber: Harian Metro & Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 30-8-2023 05:25 PM
cerai jugak tak tu
Quote ilacantik 30-8-2023 05:36 PM
Isteri ni, sifat penyabar dia, hanya Allah sahaja yg tau. Kalau dah sampai minta cerai, mesti kesabaran dia dah habis, dah putus asa.
Kalau lelaki dah sampai nak terjun, boleh lah dispeku yg suami ni bergantung dgn isteri. Tu yg terus hilang pertimbangan.
Dan rasanya, mesti isteri tak jadi cerai sebab dah jatuh kesian pulak. Semoga rasa cinta akak tu masih ada utk suami dia kalau dia masih beri peluang kedua. Kalau tak, akak tu pulak yg akan merana nanti.
Quote shida81 30-8-2023 05:57 PM
Jantan ni bini mintak cerai nk bunuh diri.. Bini rilex je laki nk kawen lain.. Laki cerai kan.. Laki ada pompuan lain.. Laki biawak hidup..
Quote Prickford 30-8-2023 06:03 PM
Teringat cerita member iolls minta cerai dekat husband, hal kecik je, pasal buka puasa. Tapi tak tau la apa yg sheolls rasa sampai minta cerai. Menitik air mata husband dia. Alhamdulilah, elok je deyols skang. Pasang surut marriage kan.
Quote CiliPadiSedap 30-8-2023 06:08 PM
member kaka cerai sbb laki ada skandal. dh puas rendam air mata.

jodoh setiap orang tak sama
Quote Friska 30-8-2023 06:12 PM
CiliPadiSedap replied at 30-8-2023 06:08 PM
member kaka cerai sbb laki ada skandal. dh puas rendam air mata.

jodoh setiap orang tak sama  ...

Simpati saya sama teman Kakak, emang sudah jodoh dia Kakak. Harus bersabar dan belajar untuk ikhlas dan redha. Setiap sesuatu itu ujian dari Ilahi.
Quote mawardia 30-8-2023 06:26 PM
Actually hari2 banyak sgt kes cubaan bunuh diri tp bomba berjaya pujuk. Ada gak jenis tak makan pujuk so still bunuh diri. Tenat sgt mental health issues kat Msia ni sekarang.
Quote CiliPadiSedap 30-8-2023 06:32 PM
Friska replied at 30-8-2023 06:12 PM
Simpati saya sama teman Kakak, emang sudah jodoh dia Kakak. Harus bersabar dan belajar untuk ikhla ...

Teman kaka nama dia friska
Quote lanacondor 30-8-2023 06:36 PM
Kt tmpt kje lama iols dlo lg la..laki guard bnk. Usia2 gini la. Bini mtk cerai. Laki smpi mental kt tmpt kje. Nmpk staff semua muka cam toyol, pontianak, jembalang. Ms dia teruk sgt time tu dia dh get ready dgn gun dia nk tembak staff bnk. Nasib staf bnk sempat ambik senapang dia n kurung dlm toilet.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036917 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top