CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Dah Hamil Lima Bulan, Ryan Bakery Tak Sabar Nak Buat Content Dengam Bayi Sendiri

28-8-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9497| Komen: 17

Ryan Bakery yang meraih kemenangan di Anugerah TikTok Malaysia 2023, turut berkongsi khabar gembira isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.

Ryan memohon doa peminat agar kandungan isterinya berada dalam keadaan selamat.


Foto: IG

Malah Ryan juga sudah mempunyai perancangan nama untuk anaknya meskipun belum mengetahui jantina bayi mereka nanti.

"Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang akan lahir nanti. Isteri saya kini sedang hamil lima bulan.

"Tak sangka dan tanpa sedar saya dah nak jadi ayah. Mohon doa semua untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan.

"Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra," katanya kepada mStar.



Bercerita tentang fasa awal kehamilan, Ryan memberitahu isterinya turut mengalami alahan teruk.

"Teruk juga dia muntah-muntah pada awal kehamilan. Malah dia ada juga mengidam nak minum teh hijau.

"Bayangkan macam mana saya nak cari minuman itu sebab saya tinggal di kawasan kampung. Tetapi demi isteri saya turutkan juga permintaan itu,"  kata pemenang trofi Popular Creator of the Year itu.


Tambah Ryan dia juga tidak sabar untuk membuat kandungan media sosial yang turut menampilkan bayi mereka bersama.

Sebagai persediaan bergelar bapa, Ryan sedar dia harus bekerja lebih gigih mencari nafkah supaya dapat menampung kehidupan keluarga di masa akan datang.

"Sekarang ini semua kerja saya buat. Tetapi disebabkan saya tinggal di Temerloh, Pahang, ia agak terbatas kerana banyak tawaran di Kuala Lumpur.


"Pernah juga cuba tinggal di KL, tetapi susah nak dapat idea di sini. Saya lebih tenang dan selesa tinggal di kampung.

"Kalau dah ada anak nanti, mestilah saya akan buat content bersama isteri dan bayi kami," jelasnya.

Untuk rekod Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lea_kdo 28-8-2023 11:21 AM
ooo duk temerloh...

KL cost of living too high
Quote missHaidiD 28-8-2023 11:26 AM
Tak tau la knp aku tak suka naw mamat ni
Quote Kancilkering 28-8-2023 11:31 AM
lea_kdo replied at 28-8-2023 11:21 AM
ooo duk temerloh...

KL cost of living too high

dia bukan org perak ke

tahniah lah ryan

pian takat anugerah ni dia x look sangat…bench mark dia sudah level lain….
Quote Sazreena 28-8-2023 11:38 AM
Aku kalau mak dia enterframe ok lagi..start masuk bini dia aku rasa cam sumbat semua selagi boleh.
Quote anilanil 28-8-2023 11:38 AM
Ryan ni da upgrade jadi artis tempatan ke?
Quote Suchi 28-8-2023 11:41 AM
Kancilkering replied at 28-8-2023 11:31 AM
dia bukan org perak ke

tahniah lah ryan

Ayah dia org Temerloh.
Dah 2 tahun dah katanya dorang pindah duk situ.Sblm ni duk manjung kan
Ayah dia navy kan sblm ni sbb ada gambar ayah dia pakai uniform putih navy tu.
Iols nampak kat fb ryan ni duk amik order mknn, ada buka warong kat bera kot.
Rupanya content dia yg ada penampakkan warung  tu mmg family dia punya laa.
Quote dekmieDandy 28-8-2023 11:55 AM
Suchi replied at 28-8-2023 11:41 AM
Ayah dia org Temerloh.
Dah 2 tahun dah katanya dorang pindah duk situ.Sblm ni duk manjung kan
Aya ...

ooo yeke, patutlar bercakap slang perak

baca kat atas tulis temerloh

tapi oklar, slang pahang belah temerloh ni, dekat sama bunyi perak
Quote Kurex 28-8-2023 12:07 PM
Bestnya duduk area kampung2 dan pekan2 lama
Quote rosevelvet 28-8-2023 01:05 PM
missHaidiD replied at 28-8-2023 11:26 AM
Tak tau la knp aku tak suka naw mamat ni

Tunggang anak pas lepas ni.
Quote wannoorazlina 28-8-2023 01:19 PM
ulu benor ke kampung hang ryan sampai xdak jual teh hijau..
la ni semua kedai ada aihh jual teh hijau..
mcm2 brand dok ada..kot kalau xdak jugak, order kat sopee atau tiktok..
tak payah nak jenuh pusing 1 kampung
Quote adeqbun 28-8-2023 01:32 PM
Dh awal2.plan nak jdkan anak tu konten dan sumber pendptan
Quote Kangkung1M 28-8-2023 01:58 PM
Edited by Kangkung1M at 28-8-2023 02:46 AM
wannoorazlina replied at 28-8-2023 01:19 AM
ulu benor ke kampung hang ryan sampai xdak jual teh hijau..
la ni semua kedai ada aihh jual teh hija ...

Aku rasa dia berjangkit perangai suka propa tu daripada kawan baik dia, Soeb. Sah2 dia ada bisnes kedai makan dan air madu, haha celah mana susah nak dapat air teh hijau, Ryan oooiii...

[TikTok]7256745270287846657[/TikTok]
[TikTok]7269039344420211976[/TikTok]
[ig]https://www.instagram.com/reel/CgoItTFlaxv/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote amyfaha 28-8-2023 02:55 PM
Geli tgk si Muka hitam berdaki ni
Quote kotakominami 28-8-2023 04:59 PM
Kesian kt anak...dalam perut lg bapaknye dah plan nk buat bahan konten...
Quote wannoorazlina 29-8-2023 10:30 AM
Kangkung1M replied at 28-8-2023 01:58 PM
Aku rasa dia berjangkit perangai suka propa tu daripada kawan baik dia, Soeb. Sah2 dia ada bisnes k ...

aku pun rasa cenggitu jugak la..
propa + nak bagi sedap cerita..
org berniaga ni hang tanya la apa benda pun, insyaallah mesti tau kat mana nak cari..
hentikan la hidup propa ryan oii..
Quote Kangkung1M 29-8-2023 12:30 PM
wannoorazlina replied at 28-8-2023 10:30 PM
aku pun rasa cenggitu jugak la..
propa + nak bagi sedap cerita..
org berniaga ni hang tanya la apa ...

Dia sejenis suka berlebih-lebihan kala bersembang.

Tengok la dia punya gebang dlm interview bawah ni. Fikir mati la, selalu pengsan la, sesak nafas, sakit dada, tak boleh tido, stress...banyak betul masalah si Ryan ni.

[TikTok]7181055141875813659[/TikTok]
Quote makneng 29-8-2023 01:00 PM
Chupppp heolss ni sejenis retis ke

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.089462 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top