Seorang gadis yang diserbu berdua-duaan bersama teman lelaki di tanah perkuburan menangis teresak-esak. Kedua-dua mereka dilihat tidak memakai seluar dan berada dalam ketakutan ketika serbuan dilakukan.
Kejadian berlaku di kawasan tanah perkuburan di Adiyasa, Cisoka, Kabupaten Tangerang di Indonesia, pada Khamis lalu. Menerusi video mengenai kejadian yang dimuat naik di laman Instagram, penduduk menyaksikan sepasang kekasih itu sedang bermesra di tanah perkuburan pada waktu malam. “Jangan encik, saya takut ayah saya, ayah saya samseng,” kata gadis itu menangis sambil menutup bahagian bawah badannya. Manakala teman lelakinya pula berasa malu kerana tidak sempat memakai seluar. Polis yang tiba di lokasi kejadian menahan pasangan kekasih tersebut untuk disoal siasat. Sebagai peringatan, melakukan maksiat adalah berdosa besar, maka semua pihak perlu menjauhinya. - CARI
Sumber: mStar/Tribun Jatim
|
ADVERTISEMENT