LANGKAWI – Sebelum ini, orang ramai enggan bercuti ke Pulau Langkawi disebabkan kos penginapan dan makanan yang mahal, namun situasi berubah pada musim cuti sekolah ini apabila mereka mendapati harga yang ditawarkan berpatutan ketika ini.
Malah, promosi yang dibuat pihak penginapan termasuk hotel juga menguntungkan pelancong untuk bercuti bersama keluarga di sana. Tinjauan di sekitar kawasan tumpuan pelancong terutama di Pantai Chenang di sini, sempena cuti persekolahan kali ini mendapati rata-rata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan harga ditawarkan. Seorang pelancong dari Cyberjaya, Nurul Ain Roslan, 35, berkata, dia mendapat tawaran yang berpatutan dari hotel yang ditempah sejak enam bulan lalu untuk percutian ini. “Saya bawa kira-kira 70 orang sempena hari keluarga sebelah bapa di sini dan walaupun kali terakhir kami ke Langkawi lebih 10 tahun lalu, tetapi saya rasakan layanan yang kami terima adalah sangat baik kali ini.
“Saya tidak menyangka banyak pakej berpatutan yang disediakan oleh hotel termasuk makanan sebanyak enam kali sehari beserta kemudahan dewan walaupun ia bukanlah hotel mewah,” katanya kepada Kosmo. Berkongsi pengalaman sama adalah pelancong dari Kuala Perlis, Rosnita Ismail, 56, yang menyatakan harga makanan yang dinikmatinya lebih murah berbanding kali terakhir dia menjejakkan kaki ke Pantai Chenang. “Saya rasa dahulu makanan di Chenang ini lagi mahal, sekarang lebih murah. “Saya sendiri sudah lama tidak ke sini, mungkin lebih lima hingga enam tahun, jadi tular harga makanan Langkawi mahal, itu tidak benar,” ujarnya. Tambah Rosnita, pengguna seharusnya perlu bijak memilih kerana banyak kedai menawarkan harga berpatutan. Sementara itu, seorang pekerja kedai barangan cenderahati di sini, Hanani Aziz, 25, berkata, jumlah pelancong lebih ramai daripada biasa, namun keadaan itu lebih ketara pada waktu malam. “Alhamdulillah ramai pelancong yang akan singgah ke kedai, rasa meriah sedikit. Pada waktu siang kebanyakan mereka akan melawat tempat lain. “Kalau waktu malam, memang ramai yang akan berjalan di sepanjang jalan dan melihat persembahan api di Pantai Chenang,” tambahnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
AbukRokok replied at 28-8-2023 11:36 AM
ok dah blh pergi balik
lpas tu viral mahal balik
boikot balik
“Saya bawa kira-kira 70 orang sempena hari keluarga sebelah bapa di sini dan walaupun kali terakhir kami ke Langkawi lebih 10 tahun lalu, tetapi saya rasakan layanan yang kami terima adalah sangat baik kali ini.
Perawankota replied at 28-8-2023 09:15 AM
Next month nak pi Langkawi… Anyway chocolates kat sana murah lagi ke
Perawankota replied at 28-8-2023 09:15 AM
Next month nak pi Langkawi… Anyway chocolates kat sana murah lagi ke
She-Ra replied at 28-8-2023 12:33 PM
boleh laaa tp shopping kt area terminal jeti ferry tu, ada HIG ceklat harga mur2 beberapa posen (d ...
dekmieDandy replied at 28-8-2023 12:24 PM
murah la compare dengan harga kat shopping mall biasa
variety pun banyak, itu yang penting
intan244 replied at 28-8-2023 08:35 PM
ntahla. hujung minggu ni gi kenduri kelig kat langkawi pon book hotel sorg dah rm1400 2 mlm. masa pk ...
ADVERTISEMENT