CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja ‘Car Wash’ Pandu Lamborghini Pelanggan Rempuh Lori

27-8-2023 10:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5291| Komen: 13

Singapura: Seorang pekerja kedai cuci kereta di Singapura ditahan selepas memandu sebuah Lamborghini milik seorang pelanggan sehingga menyebabkan kereta itu hilang kawalan, lalu merempuh empat kenderaan lain, lapor portal berita Stomp.


Dalam kejadian yang berlaku di premis Revel Studio, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku di Plaza WCEGA, Bukit Batok Crescent sekitar pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan), Selasa lalu.


Sebuah klip video yang tular di media sosial memaparkan situasi di mana Lamborghini berwarna merah jambu itu diletakkan di hadapan kawasan cuci kereta.

Sejurus pintu kanan di sebelah tempat duduk pemandu dibuka, kereta itu memecut laju secara tiba-tiba dan merempuh sebuah lori di hapannya. Tiga kenderaan yang diletakkan berhampiran lori itu turut mengalami kerosakan.

Pekerja berusia 23 tahun itu ditahan polis kerana menyebabkan kecederaan dengan perbuatan terburu-buru, manakala siasatan kes itu masih dijalankan.


Dia dilaporkan tidak memiliki lesen memandu. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 28-8-2023 08:01 AM
Nak ganti rugi pun mmg ko tak mampu...makan tak abis kekdahnya.
Quote Raline 28-8-2023 10:23 AM
x semestinya kna ganti....apa guna insurance?
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:28 AM
Mesti membebel macam kat pasar ikan
Quote supernaturalee 28-8-2023 10:31 AM
terbulu-bulu


berbulu owner
Quote midori888 28-8-2023 10:32 AM
lama dulu jockey valet parking keta bawa keta kawan meols smp accident total lost...some sport car, meols lupa nama keta dia...dia pun ada few sport cars lain..dia minta ganti rugi dari building mgmt...kalu tak salah, dia dpt...
Quote CiliPadiSedap 28-8-2023 11:15 AM
midori888 replied at 28-8-2023 10:32 AM
lama dulu jockey valet parking keta bawa keta kawan meols smp accident total lost...some sport car,  ...

nissan gtr tu ye? dia bawa keluar dari that area accident tepi jalan rasanya.
Quote midori888 28-8-2023 11:22 AM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2023 11:15 AM
nissan gtr tu ye? dia bawa keluar dari that area accident tepi jalan rasanya.

yer kot...ada kuar news...kat pavillion...
Quote CiliPadiSedap 28-8-2023 11:27 AM
midori888 replied at 28-8-2023 11:22 AM
yer kot...ada kuar news...kat pavillion...

https://forum.lowyat.net/topic/1958343/all
Quote midori888 28-8-2023 11:33 AM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2023 11:27 AM
https://forum.lowyat.net/topic/1958343/all

wahh siap ada thread lagi...

masa tu keta tu dia baru beli dari kawan kitorg lagi satu. biasalah expat tukar2 keta sesama diorg...pergi Pavillion, guna valet service, skali jockey buat hal pulak...
Quote CikYaYaYa 2-9-2023 02:12 PM
Tercirit laaa ko nak bayar ganti rugi.
Quote shernazz 2-9-2023 02:17 PM
midori888 replied at 28-8-2023 11:33 AM
wahh siap ada thread lagi...

masa tu keta tu dia baru beli dari kawan kitorg lagi satu. biasalah  ...

Jockey nak.test power lettew
Tapi dia.tak.tau nak Kendall supercar MCM.tu..mmg.naya.la
Quote Lagubestbest 2-9-2023 02:23 PM
accident tempat keje ar tu, nak alih lepas dah basuh. bukan buat fast furious. mane sangat nak test nya kat SG tu kalau tak masuk highway pergi balik airport.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.084647 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top