CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Individu Beragama Islam Ditahan Minum Arak

27-8-2023 10:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8166| Komen: 16

Ipoh: Seramai 14 individu beragama Islam ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selepas didapati mengambil minuman keras di sebuah pusat hiburan di sini kelmarin.


Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam operasi pada pukul 11.45 malam.


ANGGOTA penguat kuasa agama JAIPk yang menjalankan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di Ipoh. - UTUSAN

Katanya, pemeriksaan di premis tersebut dijalankan oleh 30 anggota penguat kuasa agama dibantu 11 anggota penguat kuasa daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


“Hasil daripada pemeriksaan, didapati seramai 39 pengunjung beragama Islam berada di dalam premis. Kesemua mereka ditahan untuk dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan JAIPk bagi tujuan ujian saringan alkohol.


“Hasil ujian tersebut, 14 orang daripada mereka berusia antara 20 hingga 51 tahun ditahan selepas didapati positif alkohol,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, kesemua mereka kemudian dilepaskan dengan bon jaminan penguat kuasa dengan seorang penjamin dalam kalangan keluarga terdekat mengikut Seksyen 23, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004.


Katanya, mereka diperintahkan hadir ke Ibu pejabat Penguatkuasa JAIPk di antara 4 hingga 6 September depan untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 59, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 atas kesalahan meminum minuman yang memabukkan,” katanya. 



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mekfazura 28-8-2023 09:11 AM
KENAPA TULIS ISLAM? CU TULIS BANGSA... NAK TAU GAK BANGSA APA... ISLAM NI KADANG ADA CINA MASUK ISLAM, HINDU MASUK ISLAM, KADAZAN BIDAYUH MAMAK BANGSA KELANTAN... TANYA JE
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 09:25 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-8-2023 05:27 PM

Di tahun 90an ramai artist melayu dan lama dahulu memang ramai orang orang melayu pergi (waktu itu panggil disco) pergi 11LA night club di jalan ampang, October cherry di juga di jalan ampang minum alcohol tiada siapa nak peduli.

Saya biasa pergi tinemine di Hilton hotel jalan sultan Ismail di waktu itu dan juga ada satu club di jalan u-tan jalan tun razak.
Di POLAPOL jalan semarak dan kem sungai besi tu pun ada bar untuk sesiapa nak minum arak, tiada hal.

Waktu itu tiada siapa nak kisah orang melayu minum arak. Sekarang ni tok lebai sudah terlalu strict meinaya sesama manusia sebab itu tuhan turunkn bala di Malaysia. Dahulu mana ada bala bala seperti Sekarang.
Quote B40tastePosh 28-8-2023 09:36 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 09:25 AM
Di tahun 90an ramai artist melayu dan lama dahulu memang ramai orang orang melayu pergi (waktu itu p ...

Macam mana nak solat lepas minum arak?
Quote hayrin86 28-8-2023 09:57 AM
Macam tak ada minuman halal kat Bumi ini..
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 09:57 AM
B40tastePosh replied at 27-8-2023 05:36 PM
Macam mana nak solat lepas minum arak?

Saya kebiasaan minum wine cooler.

Disini pun pergi pub saya minum coke with lemon dan lemonade.
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:04 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 09:57 AM
Saya kebiasaan minum wine cooler.

Disini pun pergi pub saya minum coke with lemon dan lemonade.

Lepastu solat berjemaah kat Pub tu ke?
Quote Simunggu 28-8-2023 10:07 AM
mekfazura replied at 28-8-2023 09:11 AM
KENAPA TULIS ISLAM? CU TULIS BANGSA... NAK TAU GAK BANGSA APA... ISLAM NI KADANG ADA CINA MASUK ISLA ...

bangsa tak melarang minum arak tapi agama Islam ya melarang
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 10:09 AM
B40tastePosh replied at 27-8-2023 06:04 PM
Lepastu solat berjemaah kat Pub tu ke?

Disini tiada masalah dimana mana boleh sembahyang. Dalam church boleh sembahyang. Di pavement boleh sembahyang. Di synagog boleh sembahyang.

Masjid bersebelahan dengan pub pun tiada masalah.

Berbeza agama islam di sini dengannagama melayu!
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:13 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 10:09 AM
Disini tiada masalah dimana mana boleh sembahyang. Dalam church boleh sembahyang. Di pavement bole ...

Baru la fefeeling yahudi kannn, minum arak di rumah ibadat...lepastu ada concert melompat lompat reramai.
Quote Prickford 28-8-2023 10:35 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 01:25 AM
Di tahun 90an ramai artist melayu dan lama dahulu memang ramai orang orang melayu pergi (waktu itu p ...

"Sekarang ni tok lebai sudah terlalu strict"

Apoooo kena mengena dgn tok lebai pulak. Dulu2 pon org tua kita ada je kena tegur dgn atok nenek deyols kalau langgar hukum hakam, cuma benda tu tak jadi national news pon. Sembang dulu2, orang dulu pemikiran level mana je, masih jahil, penguatkuasaan pon lemah, undang2 pon lemah, otak tu tak kembang sekembang kembangnya. Ini bukan zaman P Ramlee dah kau nak togok arak keluar filem, pastu highlight isap rokok dalam ward hospital.


Quote _blackbird 28-8-2023 12:19 PM
lain kali pergi la ke penang, the sin city
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 04:53 PM
Prickford replied at 27-8-2023 06:35 PM
"Sekarang ni tok lebai sudah terlalu strict"

Apoooo kena mengena dgn tok lebai pulak. Dulu2 pon o ...

Dahulu tahun 80an 90an budak budak melayu selamba sahaja minum arak depan 7-11 jalan bukit bintang berhampiran sewaktu itu regent hotel/ Sekarang grand' millennium. Beli di 7-11 minum di luar 7-11 dan kawasan persekitaran tu.
Quote mojarean_X 28-8-2023 08:21 PM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 09:25 AM
Di tahun 90an ramai artist melayu dan lama dahulu memang ramai orang orang melayu pergi (waktu itu p ...

Apa rasa arak chuols?
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 09:06 PM
mojarean_X replied at 28-8-2023 04:21 AM
Apa rasa arak chuols?

Semua jenis jenama arak rasanya berbeza.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053978 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top