CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malu Sebenarnya Nak Lari Depan Ramai Orang"

27-8-2023 10:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8691| Komen: 17

Jerantut: "Malu sebenarnya nak lari depan ramai orang tapi saya teruskan juga larian kerana nak sampai ke garisan penamat macam rakan yang lain," kata orang kurang upaya (OKU) fizikal Muhammad Aqil Naufal Zahiran.


Muhammad Aqil, 11, mendapat perhatian di laman sosial selepas membuktikan keupayaannya berlari sehingga ke garisan penamat dalam satu kejohanan olahraga walaupun dalam keadaan kudung kaki kiri dan memakai tongkat.



Meskipun menjadi peserta terakhir yang sampai ke garisan penamat namun semangatnya untuk menghabiskan larian mendapat pujian ramai.


Berkongsi kisahnya, Muhammad Aqil yang juga murid Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, di sini berkata, dia memang aktif dalam sukan cuma cenderung dalam bola sepak.


Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023 adalah yang pertama dan mengambil bahagian kerana mendapat dorongan daripada gurunya.


"Cikgu minta saya ambil bahagian jadi saya pun cuba dan sempat ikuti latihan selama empat hari sebelum hari kejohanan. Nak kata gementar sangat tidak tetapi kaki terketar-ketar juga kerana fikirkan ramai orang tengok saya waktu itu.


"Saya pula kali pertama ambil bahagian jadi malu berdiri sebelah peserta lain tapi teruskan larian walaupun seluar hampir terlondeh kerana fikir apa pun berlaku, saya nak habiskan larian sekalipun rakan lain sudah jauh di depan.


"Lega dan tak sangka apabila dapat sampai juga ke garisan penamat. Gembira rasanya terutama apabila cikgu datang ucap tahniah kepada saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Muhammad Aqil, dia tidak menolak kemungkinan untuk turut serta lagi dalam acara olahraga di kejohanan lain jika diberi peluang.


"Saya minat main bola sepak tetapi jika diberi peluang sertai lagi lumba lari, saya sedia ambil bahagian," katanya yang kudung kaki kiri sejak 2015 kerana dipotong akibat jangkitan kuman dan bergelar anak yatim selepas kematian bapanya dua tahun lalu.



Sementara itu, Intan Zulaikha Jusoh, 35, yang juga guru pengiring Muhammad Aqil ketika kejohanan mengakui tersentuh dan bangga melihat kesungguhan serta semangat ditunjukkan muridnya itu berlari sehingga ke garisan penamat.


"Sebelum acara bermula, saya ada pesan pada dia (Muhammad Aqil) yang saya tak paksa dia menang kerana niat saya cuma nak dia sertai aktiviti sukan serta bawa dia keluar.


"Saya harap, dia dapat habiskan larian sampai ke garisan penamat tapi kalau tak larat atau sakit, saya enggan dia paksa diri kerana faham keadaannya. Tak sangka dia memberikan saingan juga di awal larian dan sampai ke garisan penamat, itu yang buat saya kagum dengan semangatnya.


"Niat saya berlari bersama dia ketika itu sekadar untuk terus memberikan semangat pada dia untuk teruskan larian sampai ke garisan penamat, teman dia dan tak nak dia berasa yang dia lari berseorangan sebab kawan lain sudah jauh ke depan, itu saja," katanya.


Dalam pada itu, ibu Muhammad Aqil, Noor Hafizah Mat Desa, 36, mengakui berasa ralat kerana tidak dapat hadir ke acara yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jerantut, di sini pada Rabu lalu kerana terikat dengan urusan kerja.


Bagaimanapun, Noor Hafizah berbangga dengan pencapaian anaknya itu walaupun tidak mendapat tempat di atas podium.


"Bukan rezeki saya untuk tengok Aqil (nama panggilan) berlari pada hari itu kerana saya ingatkan kejohanan berlangsung pada 24 Ogos, rupa-rupanya hari sebelumnya. Tapi cikgu ada kongsi gambar dan video jadi memang bangga bukan kerana kisah Aqil tular tetapi dia memang pembakar semangat untuk saya.


"Mana-mana ibu pun tentu akan bangga jika mereka di tempat saya dan itu rezeki dia, Allah sudah aturkan. Sebelum ini pun, Aqil minat main bola sepak dan saya tak pernah halang dan akan cuba penuhi keinginannya selagi dia tahu jaga kesihatan kerana tak nak Aqil berasa ada kekurangan," katanya.



Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Moyangkucing 28-8-2023 12:32 AM
Besar jiwa kau, nak ...
Quote oggy 28-8-2023 01:06 AM
Aku terharu betul tengok cikgu dia sama2 berlari sambil bagi semangat untuk dia lari hingga ke garisan penamat.
Quote airmineral 28-8-2023 09:47 AM
mana nk tgk videonya
Quote antikorok 28-8-2023 10:00 AM
Kuat betul semangat dia.
Semoga berjaya dalam hidupmu dunia dan akhirat

[youtube]iDtxZW9E-yQ[/youtube]
Quote Suchi 28-8-2023 10:06 AM
Oh dia bkn kudung sejak lahir, biasa yg camni agak sukar skit nk biasa kn diri tp nnt lama2 akan ok.
Dia ni kira ok je bab pembelajaran sbb oku
fizikal,patut dia duk kelas inklusif penuh, so dia belajar sama2 ngn murid arus perdana.
Cuma dia dikira MBK la juga murid berkeperluan khas.
Quote pekanwoohoo 28-8-2023 10:38 AM
Lari laju laju dik, masuk olimpik OKU, menang medal emas macam atlit lain tuh balik jadi jutawan terus.
Quote supernaturalee 28-8-2023 10:49 AM
klu iols kt situ mau terjerit2 support

agk pelik bila tgk yg lain2 kt situ mcm relax2 je
ke dh selalu tgk die so rasa biasa je


Quote cmf_almondpecan 28-8-2023 10:51 AM
Tak perlu malu langsung dik, malah berbangga sebab tetap masuk lumba lari. Semoga terus berjaya dalam kehidupan.
Quote supernaturalee 28-8-2023 10:59 AM
xde ke yg nk sponsor heols kaki palsu mcm yg oscar pistorius pakai tu
heols tu olimpian utk kategori paralympic dan jgk yg normal kan

Quote prettyuglybabe 28-8-2023 11:01 AM
tahniah dik..
walau kalah awak tetap menang..
tahniah juga pada cikgu yang support beliau..
Quote ifanonline 28-8-2023 11:03 AM
Edited by ifanonline at 28-8-2023 11:04 AM
supernaturalee replied at 28-8-2023 10:59 AM
xde ke yg nk sponsor heols kaki palsu mcm yg oscar pistorius pakai tu
heols tu olimpian utk kategori ...

i was thinking the same, melihat speed dier lari, sudah pasti kalau ada kaki semacam oscar, dier dpt pingat emas...




Quote Orix 28-8-2023 11:25 AM
nak nangis tgok video dia lari
Quote sailormars 28-8-2023 11:26 AM
acik bangga dengan kamu dik...moga kamu berjaya dalam hidup kamu...terima kasih kepada cikgu dia sbb sangat menyokong...
Quote makadek 28-8-2023 02:55 PM
Semoga dpt sponsor dan dipermudahkan urusan anak ini..
Quote CikYaYaYa 2-9-2023 01:53 PM
Terbaik cikgu yang terus2 bagi sokongan kat dia. Semogaaa dipermudahkan semua urusan dik
Quote ekselen 6-9-2024 12:49 PM
dik..adik kena bangga sbb kalo adik tgk pemenang2 pingat emas level2 sukan olimpik tu oku dik.. yg sempurna nk menang emas olimpik pun terkial2.. so jadikan diorg tu sbg pembakar semangat adik utk berjaya mcm mrk..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.089762 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top