CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL Gempur Premis Anjur Tarian Separa Bogel Di Bukit Bintang

27-8-2023 08:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12927| Komen: 17

Kuala Lumpur: Notis kompaun dan arahan penutupan serta merta dikenakan terhadap premis yang menganjur tarian separa bogel di Jalan Bukit Bintang yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menjalankan satu tindakan khas di premis tersebut 23 Ogos lalu.

Penutupan serta merta dikenakan terhadap sebuah premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menganjurkan tarian separa bogel, baru-baru ini.

Tambahnya, siasatan dan pemantauan mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit kedai runcit/ serbaneka/ pasar mini (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

“Bagaimanapun, premis tersebut dikendalikan oleh empat orang pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Dua daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan dua lagi merupakan warga negara Iran.


“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah kenyataan itu, premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara.

Dalam perkembangan lain, DBKL turut memaklumkan kejadian tular tentang tarian separa bogel yang berlaku dahulu bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut.

Katanya, perkara itu berdasarkan makluman yang diterima daripada pekerja premis tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.

Menerusi perkongsian klip video di TikTok menunjukkan beberapa wanita dengan pakaian mencolok mata, menari diiringi lagu di hadapan sebuah premis di lokasi tersebut.

Trend menari yang dipanggil sebagai ‘ki dance re vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 27-8-2023 09:07 PM
Kalau xviral xde amek tindakan la ye.. acik2 India jual bunga tepi kuli pandai pulak ko tolak kedai. Tang bukit binatang area kl ikut aduan pulak. Siapa yg salah skg
Quote MarryPottet 27-8-2023 09:40 PM
Bukit Bintang ❌
Bukit Pendatang Asing ✔️
Quote Tinot7 27-8-2023 10:04 PM
Takde bideo ka?
Quote FOTHER-MUCKER 28-8-2023 04:52 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-8-2023 01:03 PM

Ni videonya..... dia menyanyi zapin lagu melayu. Cuba dengar betul betul memang dia menggunakan bahasa melayu. Ni negara Tanzania

[youtube]do5v_7gBt8A?si=1lEVPs9FFV29fDXd[/youtube]
[youtube]egzufQ1ZDCk?si=lj2dE5dNAGVsETIr[/youtube]





Quote sukacactus 28-8-2023 05:52 AM
Tinot7 replied at 27-8-2023 10:04 PM
Takde bideo ka?

Kat thread asal pasal tarian ni ada videonya
Ko tak lalu pun nengoknya tinot, konon seksi tp seksa!
Quote Tinot7 28-8-2023 06:30 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 04:52 AM
Ni videonya..... dia menyanyi zapin lagu melayu. Cuba dengar betul betul memang dia menggunaka ...

Hampeh betui la hang ni
Quote Tinot7 28-8-2023 06:31 AM
sukacactus replied at 28-8-2023 05:52 AM
Kat thread asal pasal tarian ni ada videonya
Ko tak lalu pun nengoknya tinot, konon seksi tp seksa ...

Oh yg wat gelek shakira tu ka? Mok2 sumer tu?
Quote bulalof 28-8-2023 07:50 AM
DBKL lembap!

Ni lagi satu, area KLCC. Indon jongos jual jagung bakar, bakso dll dgn basikal roda tiga. Buta tuli atau memang dah bayar 'lesen' on the spot?
Quote mekfazura 28-8-2023 09:19 AM
BUAT2 GEMPUR JE TU... BENDA DAH BINCANG.. KOMPAUN JE PUN...RAYUAN JE BOLEH DEDUCT 70%... PATUHI SYARAT DAN BUKA BALIK
Quote matseh 28-8-2023 10:02 AM
Kota Raya Area - Bangla
Chow Kit Area - Indon
Bukit Bintang - Arab
Apa lagi yg tinggal utk org malaysia.
Kerja kuat utk family bayar cukai
Quote midori888 28-8-2023 10:12 AM
matseh replied at 28-8-2023 10:02 AM
Kota Raya Area - Bangla
Chow Kit Area - Indon
Bukit Bintang - Arab

Kota Raya area pinoy jugak kan?
Quote midori888 28-8-2023 10:14 AM
diorg nie promote kedai jual apa?
Quote sukacactus 28-8-2023 10:44 AM
Tinot7 replied at 28-8-2023 06:31 AM
Oh yg wat gelek shakira tu ka? Mok2 sumer tu?

Haah yg peha balak, perut gundu tu lah
Quote prettyuglybabe 28-8-2023 11:09 AM
apa nak harap dbkl tu..
bila viral baru gerak..
tu pun pergi premis tu je..
padahal keliling punya banyak premis warga asing..
Quote SWORKS27 28-8-2023 11:18 AM
FOTHER-MUCKER replied at 27-8-2023 08:52 PM
Ni videonya..... dia menyanyi zapin lagu melayu. Cuba dengar betul betul memang dia menggunaka ...

hahahaha...jilake...lautan tukang tipuuuu
Quote Tinot7 28-8-2023 11:20 AM
sukacactus replied at 28-8-2023 10:44 AM
Haah yg peha balak, perut gundu tu lah

Awat lelaki obses dgn mencaci paha balak, peyut gundu?

Cian pompan2 montel di luaq sana..

Pompan jugak end up jadi anorexic, bulimic..

Tapi kalau besaq, iols sarankan pakai berlitup la.. takde sapa nak tgk extra fat tu..
Quote ifanonline 28-8-2023 11:22 AM
knp tetek besar mesti badan gemok?

tak boleh ka badan kuruih tapi tetek besar?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047595 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top