CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKNM Diarah Siasat Restoran Pakistan Hidang Ayam Berulat

27-8-2023 06:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8603| Komen: 21

Melaka: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) diarahkan untuk menyiasat sebuah restoran Pakistan dekat sini yang didakwa menghidangkan ayam goreng berulat kepada seorang pelanggan wanita.

Kejadian itu turut dikongsikan pelanggan terbabit di media sosial TikTok dan menjadi tular sejak semalam.

TANGKAP layar klip video dikongsikan seorang pelanggan wanita yang menunjukkan ayam goreng dihidangkan kepadanya telah berulat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya telahpun meminta JKNM untuk menyiasat dakwaan tersebut yang dianggap serius dan melanggar Akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.

“Saya telah meminta JKNM untuk ambil tindakan segera berhubung kejadian tersebut dan sebarang maklum balas akan dikongsikan kemudian,” katanya ringkas.


Dalam klip video tersebut, wanita terbabit yang menggunakan nama akaun @bluebirdsky menunjukkan ayam di dalam menu mi segera goreng dipesannya di sebuah restoran Pakistan di sini dipenuhi ulat dalam kejadian 21 Ogos lalu.

Menurutnya, dia hanya menyedari perkara itu selepas sempat menjamahnya sebanyak tiga sudu dan cuba melaporkan kejadian tersebut kepada JKNM melalui panggilan telefon, namun dimaklumkan talian sambungan ke Unit Pemakanan telah lama rosak.

Jelasnya, pegawai yang berurusan kemudian memaklumkan unit tersebut akan menghubunginya untuk tindakan lanjut tetapi sehingga semalam dia tidak dihubungi mana-mana pihak.

Wanita terbabit turut meluahkan rasa kesal terhadap JKNM yang didakwa tidak membantunya dalam isu serius membabitkan kesihatan rakyat. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 27-8-2023 06:57 PM
Skrg dh x payah komplen kt mana2 agensi gomen gamaknya.....line komplen  dh lama rosak pun x disrepair nasib la ada medsos baru laju buat kerja ....baik tutup je dept aduan2 nih

Quote Skuau 27-8-2023 07:02 PM
"saiya mau malezia worang makan ulat...bodoh melezia worang"-Pakis La
Quote shernazz 27-8-2023 07:11 PM
Skang viralkan dolu
Report kemudian
Entah line apa lagi yang rosak
Quote lanacondor 27-8-2023 08:19 PM
Apa nama kedainya.. nasib la xminat mknan Arab ni
Quote krustykrab 27-8-2023 08:21 PM
Tk prnh aku tau ada kedai makan pakistan kt sini
Quote krustykrab 27-8-2023 08:22 PM
lanacondor replied at 27-8-2023 08:19 PM
Apa nama kedainya.. nasib la xminat mknan Arab ni

Bukan arab...paki la chuols
Quote lanacondor 27-8-2023 08:23 PM
krustykrab replied at 27-8-2023 08:22 PM
Bukan arab...paki la chuols

Apa nama kedainya chuols.. tepek la sini
Quote krustykrab 27-8-2023 08:23 PM
lanacondor replied at 27-8-2023 08:23 PM
Apa nama kedainya chuols.. tepek la sini

Tak tau kedai apa..dia tk gitau pun
Quote krustykrab 27-8-2023 08:26 PM
lanacondor replied at 27-8-2023 08:23 PM
Apa nama kedainya chuols.. tepek la sini

[tiktok]7270495615472225538[/tiktok]
Quote lanacondor 27-8-2023 08:30 PM
krustykrab replied at 27-8-2023 08:26 PM

jijiknya.. dasar pengotor
Quote Zack8hunter 27-8-2023 08:33 PM
pakistan ke mamak?
Quote CiliPadiSedap 27-8-2023 08:53 PM
krustykrab replied at 27-8-2023 08:21 PM
Tk prnh aku tau ada kedai makan pakistan kt sini

ada kt nilai jual karpet
Quote CiliPadiSedap 27-8-2023 08:54 PM
tak sangka pakistan dah pandai memasak ,selama ni mereka pandai anyam karpet . tu pun kt shopee lg murah
Quote zamzam 27-8-2023 09:20 PM
Ok lah tu pi mkn kedai Arab Pakistan indon bagai. Dah korang boikot kedai Melayu pantai timur kedah yg sokong PN kan?
Quote krustykrab 27-8-2023 09:32 PM
CiliPadiSedap replied at 27-8-2023 08:53 PM
ada kt nilai jual karpet

Tp kedai ni kt melaka....melaka pun dh dijajah paki
Sskjp dijajah paki clan nilopak
Quote honeybee1802 27-8-2023 09:35 PM
Eiiii yucksss.....agensi2 gomen ni tak reti buat tindakan blacklist ke?restoren rohingya la
..vietnam la.....
Quote miss_white 27-8-2023 09:44 PM
Celaka punya paki
Menyusup masuk melaka pulak  berniaga
kedai pendatang asing pun ko nk masuk  cekik
Padan la muka dpt ayam goreng  berulat
Quote Jitu 27-8-2023 09:49 PM
mamak kan mmg jarang yg bersih
setakat mee segera pun nak mkn kat kedai
nampak sangat pemalas
Quote antikorok 27-8-2023 09:59 PM
As usual, selepas tular baru menggelupoh masing2 nak siasat ha gitohhh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.099580 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top