CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang Seakan Berada Di New Zealand!

17-11-2015 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15738| Komen: 19

Oleh Izzah Abbasy

Melancong ke Sabah, tak sah kalau tak melawat Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang ini. Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan dan menyegarkan.

Sentiasa menjadi pilihan sebagai destinasi fotografi perkahwinan, konvokesyen dan gambar kenang-kenangan dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang menghadap ke padang rumput hijau yang indah, pemandangan yang menakjubkan dan suasana yang dengan angin sejuk Kundasang ini pasti ia seakan berada di luar negara.

Tarikan yang terdapat di Desa Cattle Dairy Farm ini adalah ladang lembu, ia menghasilkan kira-kira 900,000 liter susu setahun. Luas kawasan ladang tersebut sekitar 199 hektar dan sebahagian besar lembu yang terdapat di sini adalah jenis Friesians, iaitu lembu yang menjadi pengeluar susu tertinggi bagi semua baka lembu.

Kenapa anda perlu ke sini? Desa Cattle Dairy Farm adalah destinasi ideal untuk seisi keluarga, di mana terdapat aktiviti seperti memberi makan kepada anak-anak lembu dengan susu botol, memberi makan kepada kambing dengan rumput, melihat sendiri bagaimana susu diproses serta pemprosesan susu berlaku dan dihasilkan di sini. Anda juga boleh membeli susu segar yang baru sahaja diperah di situ.

Sebelum terlupa, waktu melawat ke Desa Cattle Dairy Farm ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja. Di Sabah, waktu gelap lebih awal dari Semenanjung. Oleh itu, anda perlu datang awal-awal ke sini. Tiket untuk masuk ke Dairy Farm ini hanya RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. - CARI Infonet

















CARI Infonet


Kredit Foto : Google


17

Bagus
31

Marah
17

Terkejut
31

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 17-11-2015 07:34 PM
moooooooooooooooooooo
Quote Kittie 17-11-2015 07:40 PM

Terkujat Kittie tgk nama Abuk kat board travel. Ingatkan dok bizi buat plan rampasan kuasa.
Quote mujer_in_espejo 17-11-2015 08:22 PM
Tahun 2010.. msa pegi dulu.. kat luar tu xda pondok nk kutip tiket. Masuk free. Skg ni masuk dah kena bayar
Quote Peterpan17 17-11-2015 08:40 PM
I am proud to be Sabahan. View mmg cantek kat sini. Ingat dulu pergi dgn family smp terpaksa tolak keta kat Mesilau.
Quote Peterpan17 17-11-2015 08:41 PM
mujer_in_espejo replied at 17-11-2015 08:22 PM
Tahun 2010.. msa pegi dulu.. kat luar tu xda pondok nk kutip tiket. Masuk free. Skg ni masuk dah ken ...

Dulu free psl blm femes. Skrg femes sgt. Haruslah charge. Dptlah maintain tempat tu.
Quote mujer_in_espejo 17-11-2015 08:59 PM
Peterpan17 replied at 17-11-2015 08:40 PM
I am proud to be Sabahan. View mmg cantek kat sini. Ingat dulu pergi dgn family smp terpaksa tolak k ...

Aik... sabahan ka? X sangka.. haha. tgk komen2 ko sblm ni di thread lain..igtkan org malaya. Same here. Masa sekolah dlu xda pun tmpt ni femes kn. Yala, asal pgi kundsg, ranau limpas sana xda pun tmpt ni jd singgahan, baru2 jak nama dia naik. sukurla.. resort2 cabin, cottage pun mkin bekembang disitu. Cuma baru2 ni aku pegi kundasang niat beli sayur, pekan tu agak sendu jg la.. mgkn sbb kejadian gempa bumi baru2 ni. Huhu
Quote Peterpan17 17-11-2015 09:09 PM
mujer_in_espejo replied at 17-11-2015 08:59 PM
Aik... sabahan ka? X sangka.. haha. tgk komen2 ko sblm ni di thread lain..igtkan org malaya. Same  ...

eh!! sabahan juga ko rupanya. Ya, dulu masa kamirang pigi family trip, dgn kawan2. Tempat tu teda berbayar pun. Tp baguslah skrg sd maju. Byk urang Malaya dtg sini. Rasa mcm di New Zealand. kekekek!!!

Ksh untung org tempatan juga bah kan.
Quote AbukRokok 17-11-2015 09:19 PM
Kittie replied at 17-11-2015 07:40 PM
Terkujat Kittie tgk nama Abuk kat board travel. Ingatkan dok bizi buat plan rampasan kuasa. : ...

bang abuk is everywhere


Quote harmerz01 17-11-2015 11:12 PM
Produk keluaran kt tempat ni buatan sendiri ..... depa bayar mamat itali
Quote barfi 17-11-2015 11:45 PM
Bess nyaa. Agak2 ada perkampungan bunian tak disini?
Quote galaxynote 18-11-2015 08:12 AM
really miss this place.
susu dia mmg sedap.
siap tapau 2 kotak bwk blk KL utk anak2, lps turun dr kinabalu last year
pastu gigih tumpang simpan susu ni kt fridge dunkin donut kt epot sementara nk tunggu flight blk kl.
mujur lepas masuk luggage
Quote cekodokcekadak 18-11-2015 08:53 AM
best..boleh pergi ni
Quote anees~nuhara 18-11-2015 10:36 AM
cantik nye view
Quote capiloton 19-11-2015 08:12 AM
aku pegi awal tahun lepas..
jalan masuk nya hazab.. dah la naik saga jer..
kalo kete 4wd ka, suv ka.. bes ler lanyak..
tak tahu la skang jalan da cantik ker tak..

bole ler setakat utk view n beli susu lembu fresh..
tapi aku rasa mcm tak berbaloi jer masuk bayar tiket..
1st time visit jer ok la kot..
Quote pzi 19-11-2015 08:20 AM
Wajib pergi kalau ke kundasang. Nak beli susu segar nya.. Haritu pergi siap masuk 2x sbb yg second masuk utk beli susu segar je. Cakap kat org yg jaga tiket tu smlm dah masuk tunjuk tiket semalam dan harini masuk nak beli susu je hehe.. Alhamdulillah dia bagi masuk tak payah bayar lagi..
Quote Keenah 22-11-2015 03:04 PM
santekkkkkkk
Quote kyleril 2-1-2016 10:40 AM
Hari tu ke kundasang tapi tempat ni xdapat pergi sbb bas xboleh masuk katanya.jalan masih lagi berbatu batuan....sedih sbb view mmg cantik..maybe next time kot
Quote shabib 2-1-2016 04:54 PM
...

kalau pandai ambil sudut masa ambil gambar memang macam pemandangan di luar negara...


...
Quote ziela_janjirock 14-3-2016 06:04 PM
view memang cantik...tapi busuk taik lembu...hahaha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060880 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top