Seorang lelaki mengakui mengalami tekanan perasaan kerana perlu melakukan tugas harian di rumah meskipun selepas pulang dari pejabat. Tambahan pula isterinya beranggapan kerja rumah adalah tanggungjawab suami semata-mata berikutan terpengaruh dengan perkongsian netizen di media sosial.
"Isteri aku termakan benda dekat sosial media kata kerja rumah tanggungjawab suami, aku macam tak ada kuasa langsung. "Aku cakap dia kena taat suami, mak aku datang melawat pun tegur... dia cakap pada mak aku yang semua tu tanggungjawab suami," luahnya yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga. Situasi yang berlaku itu menyebabkan dia ingin bercerai dengan isterinya namun keputusan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang mengganggu perasaan anak-anak. Lelaki ini turut mengakui isterinya bukan sahaja tidak membantu malah enggan melakukan segala kerja rumah.
"Bukan aku tak tolong, aku buat semua kerja tapi dia memang tak mahu buat langsung. Aku tak tahu macam mana lagi, apabila aku tanya direct apa salah aku... dia tak bagitahu," katanya lagi. Disebabkan itu, dia merasakan kehidupannya selepas berkahwin seumpama zaman bujang kerana perlu melakukan segala kerja rumah sendirian. Lebih menyedihkan apabila isterinya tidak mengambil peduli sekiranya dia sakit mahupun demam. "Orang cakap kahwin tu best, tapi aku tak rasa benda tu. Adakah sebab aku kahwin tanpa bercinta, jadi aku tak tahu cara dia cinta. "Aku ada tanya sama ada dia sayang aku atau tidak tapi dia jawab sayang," katanya yang kini merasakan diri seolah-olah seorang hamba. Mana tidaknya, isterinya juga enggan mengandung lagi dan sentiasa mengikut emosi semata-mata. "Dia kata lahirkan anak je tugas dia... masalahnya anak pun dia rancang. Nak bersama apatah lagi, ikut mood dia je. Bila aku nak dia tolak," katanya. Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar Twitter yang beranggapan lelaki terbabit seperti terburu-buru untuk bercerai. Dalam pada itu, rata-rata warga maya turut memberi pandangan masing-masing dan kebanyakan meminta lelaki terbabit untuk bertegas dengan isteri. Sumber: mStar
|
justchu: Edited by justchu at 28-8-202 ...
putu replied at 28-8-2023 10:30 AM
Pertahankan hak anda..Jgn sesekali bagi muka pada parasit
xtinkerbellx replied at 28-8-2023 10:32 AM
Kalau ikut islam, semua keje rumah keje laki tapi bila laki suruh baru kena buat. Bini dia baca tak ...
green~tea replied at 27-8-2023 09:31 PM
Bini narcissist kot or ada bipolar disorder
justchu replied at 28-8-2023 11:10 AM
adik beradik aku ramai, yg usahakan tanah tu sorang adik lelaki
pastu adik beradik lelaki aku ada 6 ...
annehuda replied at 27-8-2023 10:22 PM
Tapi aku rasa menantu perempuan zaman sekarang mmg jenis tak malu depan mertua kot. Kazen-kazen aku ...
CiliPadiSedap replied at 28-8-2023 11:18 AM
panggil jvc sodok je rumah tu. babi betul buat rumah setinggan. macam kt satu tempat tu lah indon ...
ADVERTISEMENT