CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruterbang Meninggal Dunia Di Tandas Pesawat, 271 Penumpang Terselamat

27-8-2023 06:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10018| Komen: 5

Miami: Seorang juruterbang maut selepas rebah di tandas pesawat Latam Airlines yang dalam penerbangan dari Miami ke Santiago, Chile, baru-baru ini.

Menerusi laporan Daily Mail, seramai 271 penumpang berada di dalam pesawat tersebut. Ketika kejadian, Kapten Ivan Andaur mula berasa tidak sihat selepas tiga jam dalam penerbangan tersebut. Berikutan daripada itu, kapten tersebut ditemui rebah di bilik air sebelum menerima rawatan kecemasan daripada anak kapal, lapor Simple Flying.



Penerbangan itu mengambil masa 30 minit untuk melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City. Pasukan kecemasan mengisytiharkan Andaur, seorang juruterbang veteran berpengalaman 25 tahun, meninggal dunia apabila pesawat itu selamat mendarat.

Penerbangan LA505, yang mengendalikan Boeing 787-9 Dreamliner, berlepas dari Miami pada 10.11 malam baru-baru ini, turut mempunyai kapten bantuan dan pegawai pertama, ketika kejadian itu.


"Latam Airlines Group melaporkan bahawa penerbangan LA505 yang berada di laluan Miami-Santiago, terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City, kerana kecemasan perubatan untuk seorang daripada tiga kru komander.

"Apabila pesawat itu mendarat, perkhidmatan kecemasan bergegas ke dalam pesawat, namun juruterbang itu disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Syarikat penerbangan itu turut berkata, pihaknya sedih dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada pihak keluarga.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-8-2023 06:08 PM
Takziah kpd keluarga..

Heart attack ka?
Quote batu kikir 27-8-2023 06:11 PM
Itu sebabnya kapalterbang mesti ada 2 orang yg mengendalikannnya.....satu pilot satu co-pilot. In case emergency mcm ni, ada seorang lagi yg bolih bawa dan landing.
Tapi saya pernah dengar pembuat kapalterbang nak buat seorang je yg pilotkan kapalterbang tu sebab teknologi dah maju dan syarikat penerbangan pun bolih save kan cost. Wallahualam.
Quote antikorok 27-8-2023 10:30 PM
Salam takziah.

Fenomena biasa skrg.
Quote supernaturalee 28-8-2023 11:03 AM
Edited by supernaturalee at 28-8-2023 11:04 AM

takziah ye
blh jd heart attack tu
nasib bkn ms atas control bod

anyway, skit snl ni kelakor sgt

[youtube]Ag0V_xSGZuc[/youtube]

key & peele ni pun best

[youtube]kH6QJzmLYtw[/youtube]

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032849 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top