CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jika Berbalah Sampai Ke Media Sosial, Makin Tipis Peluang Berbaik

27-8-2023 02:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13143| Komen: 8

Pelakon dan model Dynas Mokhtar, 40, meluahkan rasa sedih melihat persahabatan rakan artis yang renggang sehingga membawa kepada perbalahan di media sosial. 

Menurutnya, media sosial bukan jalan untuk memperbaiki hubungan yang keruh sebaliknya akan mencetuskan lebih banyak spekulasi dan pergaduhan sehingga membuatkan peluang untuk berbaik semakin tipis.



“Saya sedih melihat persahabatan seperti mereka menjadi renggang. Media sosial akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Pihak yang kedua mungkin tak berniat cakap sebegitu, pihak yang satu lagi ingatkan kata-kata itu untuk mereka. Bila sesuatu perkara berlegar dari mulut orang lain, ia sangat bahaya kerana mereka mula mencipta spekulasi sendiri. 

“Jika ada yang suka melagakan, lagi sukar berbaik. Kami semua mendoakan agar persahabatan mereka menjadi seperti sedia kala walaupun dalam keadaan hari ini, ia memerlukan keajaiban,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, bermasam muka sesama rakan artis turut akan mencipta suasana tidak selesa apalagi industri hiburan di Malaysia tidaklah sebesar mana. 


“Industri kita kecil sahaja. Dalam mana-mana acara, kita memang akan jumpa wajah yang sama sahaja. Bila jadi begini ia menimbulkan perasaan tidak seronok. 

“Jika ada acara, penganjur kena pilih nak jemput pihak yang mana satu. Kita jadi berbelah hati,” tambahnya. 

Dynas bersyukur kerana sepanjang 14 tahun bersama-sama dengan rakan artis terdekatnya yang digelar ‘Selebpets’, mereka cuba untuk menyelesaikan salah faham sendirian tanpa membawa ke pengetahuan umum. 

Geng Selebpets atau kadangkala dipanggil Selepets mempunyai tujuh orang ahli iaitu Dynas, Serena C, Daphne Iking, Yasmin Hani, Atilia Harun, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair mengambil pendekatan bersemuka jika berlaku salah faham.

“Dalam adik-beradik pun ada kecil hati. Bermasam muka inikan pula bersahabat. 

“Dalam Selebpets, kami sentiasa bercakap antara satu sama lain setiap hari dari sekecil-kecil perkara kepada serius mungkin. Jika sesiapa ada masalah, memang kita akan kongsi dan bantu. 

“Tipulah jika tidak berlaku perselisihan faham sepanjang 14 tahun ini. Namun kami memang akan jumpa dan cakap mengenainya,” tambahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Sharifah Sakinah dan Nabila Huda memberi gambaran hubungan persahabatannya dengan Nad Zainal sudah tidak akrab dan saling bermasam muka. 

Nad bagaimanapun hanya memberi respons mahu memberi fokus kepada suami dan anak tanpa memikirkan sesiapa yang hilang dari ‘radar’ pelakon itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merahrose 27-8-2023 04:28 PM
Edited by merahrose at 27-8-2023 04:31 PM

circle selepet x sma cm geng2 abil...diaorg vibe rempit...selepet urban
Quote MisXoXo 27-8-2023 04:51 PM
Betul..Matang pandangan dynas.ni gang tu rempit betul..esp NH ckp..siapa dia  saya xtahu..ehhh..meluas.. ko benci pun NZ..xyah r ckp gitu..mcm budak2
Quote rosevelvet 27-8-2023 04:59 PM
MisXoXo replied at 27-8-2023 04:51 PM
Betul..Matang pandangan dynas.ni gang tu rempit betul..esp NH ckp..siapa dia  saya xtahu..ehhh..melu ...

Kannnnn. Nmpk sgt luas dan sgt universal b*d*hnya. Aku pun x suka nad kangkang tu tp statemebt kuping2 sgt childish n x cerdik
Quote Sazreena 27-8-2023 05:04 PM
Bezanya ibarat dak smk gaduh vs dak is gaduh..gitueww.
Quote Perawankota 27-8-2023 05:13 PM
Aku klu kt socmed malas nak perli sapa2.. kadang perli orang lain, orang lain terasa.. baik aku post pasal aku jer..





Quote Pak.dolla 27-8-2023 05:50 PM
dah lama dah rentis² buat mcm tu kat socmed kalau gadoh² bertagteam ajak gang sejak dari zaman si senduk lagi...
Quote meowww05 27-8-2023 06:15 PM
mmg mcm tu laaa, status whatsapp tu mmg dah tmpt memerli2 dah nak bagi org tu terasa.
Quote kaedahnya 27-8-2023 10:16 PM
dah agak geng celepet akan bersuara lambat laun

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.179174 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top