CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rugi RM27,000 Ditipu Rakan Palsu

27-8-2023 02:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2179| Komen: 0

Miri: Seorang penyelia pengangkutan di salah sebuah syarikat swasta di sini, kerugian RM27,000 akibat terpedaya penipuan panggilan telefon oleh individu yang mengaku sebagai rakannya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku pada 24 Ogos lalu ketika lelaki berusia 40-an itu berada di rumah.



Katanya, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada individu dan memperkenalkan dirinya sebagai rakan yang menggunakan talian baharu kerana kehilangan telefon serta dompet.

Alexson berkata, individu terbabit kemudian meminta bantuan untuk meminjam wang kerana akaun bank masih perlu dikemas kini.

"Mangsa kemudian memasukkan wang menerusi enam kali transaksi ke akaun bank yang diberikan oleh suspek sehingga berjumlah RM27,000.

"Namun pada 25 Ogos, ketika berada di sekitar bandar raya Miri, mangsa terserempak dengan rakan sebenar dan dimaklumkan oleh rakannya itu tidak pernah kehilangan telefon dan dompet," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Alexson berkata, mangsa yang menyedari telah ditipu kemudian tampil membuat laporan polis.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034070 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top