CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Cinta Ditolak, Pemuda Serang Hendap Keluarga Gadis Dengan Senjata Api

27-8-2023 02:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2809| Komen: 3

Julau: Seorang pemuda ditahan polis selepas mengguna senjata api buatan sendiri bagi melepaskan tembakan terhadap sebuah pikap kerana berang cintanya ditolak seorang ahli keluarga mangsa di sini.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 23 Ogos lalu bahawa kereta Toyota Hilux milik anaknya, ditembak di sebelah pemandu ketika dalam balik ke rumah di Sg. Pinang, Jalan Wak Buku Pakan di sini.

Dua laras Bekakok dan dua laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada suspek. - NSTP/Melvin Joni

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 5.30 petang 24 Ogos lalu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama-sama pasukan dari IPD Julau menahan suspek berusia lingkungan 20 tahun.


"Motif suspek adalah kerana perasaan dendam selepas cintanya ditolak seorang ahli keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan tangkapan itu, Andam berkata, polis turut merampas dua laras senapang patah Bekakok buatan sendiri, dua laras senapang angin buatan sendiri, sebutir peluru jenama Clever 12 Mirage dan satu kelongsong peluru jenama 12 Mirage daripada suspek.

"Rampasan dibuat dengan dipandu arah oleh suspek, yang kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Julau untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, suspek kini berada dalam tahanan reman selama empat hari mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-8-2023 02:35 PM
dah macam karachi pakistan pandai buat senjata api
Quote Skuau 27-8-2023 03:20 PM
CiliPadiSedap replied at 27-8-2023 02:35 PM
dah macam karachi pakistan pandai buat senjata api

ipan jer yg igt depa pakai sumpit lg....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.771862 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top