Sebelum ini, tular kisah wanita yang bertatu di muka dikenali sebagai Mondy mengenai penghijrahan drastiknya yang terus memakai baju longgar serta bertudung labuh selepas ditemui Ebit Lew.
Selepas dua bulan kisahnya itu tular dan dikagumi, Mondy menerusi TikTok telah memuat naik video baru semalam memaparkan dirinya sudah tidak lagi bertudung dan menutup aurat. Menerusi rakaman itu, Mondy dilihat kembali kepada imejnya yang sebelum ini dan mempersoal orang yang suka mengambil tahu tentang hidupnya. "Saya ini tak peduli dengan kehidupan kamu, tapi kenapa kamu sibuk dengan kehidupan saya," katanya. Ruangan komen video itu dipenuhi dengan reaksi warganet yang terkejut melihat Mondy membuka tudung semula dan kembali kepada gayanya yang lama. Dalam pada itu ada yang berkata jika seseorang mahu berubah ke arah lebih baik perlulah ikhlas dan bukan disebabkan orang lain.
Sumber: Beautifulnara |
Belibis: Kah kah...mujurla hati itam aku tak percaya awal2 lagi..
opie5662 replied at 27-8-2023 07:40 PM
Senyap je debit skrg.. Ig pon x update... Gi zimbabwe ke
abangadek replied at 10-9-2023 05:00 PM
apa kes mondy ni kt ig caprice.. aku bca komen yebit dh tak dok malaysia kn
ADVERTISEMENT