CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Pelanggan Dirempuh MPV Ketika Menjamu Selera

27-8-2023 10:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 28172| Komen: 55

Melaka: Kira-kira 11 pelanggan termasuk kanak-kanak dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang menjamu selera di Medan Selera Tanjung Kling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.43 petang melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza.


TANGKAP layar CCTV memaparkan Avanza yang merempuh pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Melaka.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diarahkan oleh ibunya untuk memanaskan enjin kenderaan terbabit.

“Apabila masuk ke dalam kenderaan, remaja itu bagaimanapun tertekan pedal minyak dan mengubahnya kepada gear kepada mengundur (R). 

“MPV itu mengundur secara mengejut dan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan sebuah Proton Suprima S yang diparkirkan di sebelahnya sebelum merempuh pelanggan yang sedang menjamu selera di belakang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, beberapa pelanggan dipercayai cedera akibat pelanggaran itu, namun sehingga kini tiada yang tampil membuat laporan polis.

“Kita percaya ada pelanggan yang cedera, tetapi tidak datang membuat laporan polis mahupun rawatan di hospital.

“Jadi kita tidak dapat sahkan berapa yang cedera atau jumlah mangsa terlibat dalam kemalangan itu,” katanya.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan dengan bantuan televisyen litar tertutup (CCTV) di medan selera tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-8-2023 10:52 AM
Bodoh punya mak..suruh anak umur 16 Panamanian enjin
Quote B40tastePosh 27-8-2023 10:55 AM
Kereta negara luar ni yang susahnye bila nak kena panas enjin...cam biasa la bangsa tropika ni Lay Back.

Tak sesuai keturunan Lay Back pakai kereta import yg kena panaskan enjin bagai ni.
Quote sambaldurian 27-8-2023 11:09 AM
Mak nye pun , anak tu umut 17 tahun ke 18 baru boleh amek lesen. Jgn la beria2 suh panas enjin. Darah muda mstilah nk test drive. Ingat senang. Alang2 mak suh panas enjin, konon2 nk tlg reverse la amek mak kt depan kedai. Xkn la kereta tu awal2 dh gear reverse. Klu N tu caya la jgk
Quote Rotipitadaging 27-8-2023 11:17 AM
Mak dia suruh panaskan enjin je bkn suruh tukar gear pun...so tak tahulah nak salahkan sape ni....tp lg kesian mangsa2 la...patut report polis je...buatnya mangsa2 tu nnt affected kemudian hari sape plak nak nanggungnya
Quote Firenzza 27-8-2023 11:21 AM
Kereta tu parking x bergerak 5 hari dpn kedai tu ke sampai nk kena panas enjin bagai.....
Quote kitaserupaaa 27-8-2023 11:36 AM
Guna la kete x50. Boleh start enjin guna app kat hp aje
Quote Samerosie 27-8-2023 11:39 AM
Avamza kau tu back to the future zaman 80an ke pakai carburator nak kena panas2 kan engine?  Padan le muka suruh lak budak baya2 ni yg sedang mengelenyar nak drive.
Quote otai_g 27-8-2023 11:58 AM
Masak maknya kena jwb. X psl je kena Turun naik court. Melaka tu da la kecik n padat. Kalo terbabas skit mmg akan org yg jd mangsa.
Quote Ayda89 27-8-2023 12:00 PM
Mesti dah biasa suruh. Tp budak ni apa angin haritu main gear tekan minyak. Harap banyak duit la ye mak nya kot sampai surat saman dari mangsa2
Quote wirazam 27-8-2023 12:10 PM
Mak yg X pikir panjang nih...aduyaii..nasib baik takde kemalangan jiwa
Quote she 27-8-2023 12:24 PM
Maknya ustazah ke?

Baidewei
Macik pun selalu aje suruh anak panaskan enjin kereta
Jadi pada macik macam kebiasaan

Cuma pelik macam mana gear P boleh tertukar ke R
Kan ada lock
Kalau terkuis pun bukan berjalan gear knob tu
Kalau maknye park kete gear N
Nda buleh start enjin tu bah
Kena tukor gear P dulu
Quote drivethru 27-8-2023 12:33 PM
Mak gundu gemuk kepam. Suruh anak panas kan enjin sbb nak buka ekon sejuk kan kereta. Nanti mak masuk kereta dah sejuk.
Quote Skuau 27-8-2023 12:38 PM
mohon..setiap sorang yg kena langgar tu amik selipar jepun yg keras tu pukui kt kapla mak bdk tu...
Quote CiliPadiSedap 27-8-2023 12:39 PM
kereta kena gear P baru blh hidup enjin. kalau dalam keadaan enjin kereta takkan hidup. the point budak tu yang tukar gear R.
Quote auntieagony 27-8-2023 12:42 PM
Something's fishy....

Husnuzon : mak mmg betul2 suruh panaskan enjin. Setahu auntie, perlu lagi ker kereta2 skrg kena nak panaskan enjin?

Suudzon : Sebenarnya budak tu dah mmg biasa bawak kereta. Mak dah kenyang & mengantuk, suruh jer lah anak tu drive balik rumah.
Quote auntieagony 27-8-2023 12:43 PM
Something's fishy....

Husnuzon : mak mmg betul2 suruh panaskan enjin. Setahu auntie, perlu lagi ker kereta2 skrg kena nak panaskan enjin?

Suudzon : Sebenarnya budak tu dah mmg biasa bawak kereta. Mak dah kenyang & mengantuk, suruh jer lah anak tu drive balik rumah.
Quote annehuda 27-8-2023 12:48 PM
Apsal aku rasa mak dia mcm nk cover anak die je sbnrnye? Tghari buta mcm tu depan restoran plak tu dh kenapa ko nak panas enjin? Selalu org panaskan enjin kalau baru nk start perjalanan dari rumah
Quote airfilterkotor 27-8-2023 01:16 PM
Aku rasa lebih kepada pasang ekon nak sejukkan kabin ler ni.
Quote Skuau 27-8-2023 01:37 PM
CiliPadiSedap replied at 27-8-2023 12:39 PM
kereta kena gear P baru blh hidup enjin. kalau dalam keadaan enjin kereta takkan hidup. the point bu ...

'R' means radio-Stephanie Tanner

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.144058 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top