CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Tolak Tawaran RM5,000 Jual Surat Khabar Malaya Merdeka Cetakan 31 Ogos 1957

27-8-2023 10:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2710| Komen: 2

Seorang bekas guru, Jamal Ahmad masih menyimpan surat khabar lama yang melaporkan pengisytiharan kemerdekaan negara pada tarikh keramat 31 Ogos.

Jamal memiliki hampir 1,000 koleksi peninggalan sejarah tetapi menurutnya, akhbar tersebut adalah yang paling berharga kerana ia seakan mesin masa untuk kembali ke saat negara meraih kemerdekaan.



Merupakan seorang bekas guru berusia 58 tahun, Jamal juga mempunyai salinan laporan yang mengumumkan kemerdekaan negara dalam versi bahasa Inggeris, Tamil, Jawi dan Bahasa Malaysia roman.

"Apabila Malaya berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pemerintahan British, dokumen pengisytiharan kemerdekaan yang ditulis dalam empat bahasa diedarkan ke setiap ketua kampung dan pemimpin komuniti.

"Selain dokumen, saya juga ada menyimpan beberapa surat khabar yang melaporkan kemerdekaan negara kita pada 66 tahun yang lalu," kata Jamal ketika ditemu bual di rumahnya di Serkat, Pontian, Johor.


Jamal mula mengumpul barangan peninggalan sejarah ketika usianya 18 tahun, dia ditemukan dengan dokumen dan surat khabar itu oleh rakannya sekitar 30 tahun yang lalu.


"Pada awal tahun 1990-an, seorang kawan saya yang juga peminat barangan sejarah menghubungi saya, dia beritahu ada sesuatu yang pasti menarik perhatian saya.

"Saya pun pergi berjumpa dengan dia di Kuala Lumpur, dan dia menunjukkan dekat saya surat khabar lama dalam bahasa Inggeris, yang melaporkan negara kita akhirnya sudah mencapai kemerdekaan.

"Dia menjual kepada saya surat khabar itu dengan harga RM2,000," ujar Jamal.

Jamal baru-baru ini menerima tawaran lumayan sebanyak RM5,000 untuk menjual koleksi surat khabarnya itu kepada seorang individu di Perak tetapi ditolak.

"Surat khabar lama ini adalah sangat berharga, susah nak jumpa dah sekarang, kalau ada pun di muzium atau Arkib Negara," kata Jamal.

Selain surat khabar dan dokumen, Jamal juga memiliki lebih daripada 120 peninggalan sejarah berkaitan kemerdekaan negara seperti cawan dan pinggan.


"Dengan adanya koleksi ini, saya dapat melihat bahawa masyarakat kita pada masa itu, tanpa mengira bangsa dan agama, mereka bersatu untuk menyambut kemerdekaan negara.

"Kita semua adalah rakyat Malaysia, dan Hari Kebangsaan yang akan datang ini wajar dijadikan platform untuk menyatukan kita, sepertimana generasi kita sebelum ini," ujar Jamal menutup bicara. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 27-8-2023 10:59 AM
Memang kalau baca naskah lama, macam kita masuk mesin masa.

Lepastu kita pergi pula ke tempat tu, rasa macam kita sebahagian dari zaman tu.

Tapi aku percaya generasi yang lahir zaman merdeka ramai dah mati kecuali Mumia Bergerak.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.258728 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top