Indonesia: Seorang wanita Indonesia, dikenali sebagai Margaretha Cindyana sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pegawai bank untuk memulakan perniagaan bakso. Senang disapa Cindy, dia sama sekali tidak menyangka rezekinya lebih 'meriah' selepas dia membuka warung, sekali gus mengubah hidupnya 360 darjah.
"Dari zaman sekolah nak jadi pegawai bank. Dah lulus belajar, cari kerja, termakbul cita-cita nak kerja bank. "Tapi biasalah manusia, hati berubah-ubah. Nekad berhenti kerja. Ternyata tak sia-sia tinggalkan kelulusan ijazah," ujarnya. Menurut Cindy, bakso yang dihasilkannya menerima sambutan luar biasa sehingga dia mampu membeli kereta serta rumah idaman menggunakan hasil keuntungan perniagaan. Kisah Cindy yang meninggalkan kerjaya di bank untuk berniaga warung tular selepas dia berkongsi hal itu menerusi media sosial.
Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 27-8-2023 11:07 AM
Memang la tengok saja si Khairul Aming tu kaya camna bila sendiri bisnes.
wirazam replied at 27-8-2023 04:12 AM
Aming kaya raya sgt ke???
Habislah retis retis bbnu mula start aiming dia
wirazam replied at 27-8-2023 12:12 PM
Aming kaya raya sgt ke???
Habislah retis retis bbnu mula start aiming dia
naina replied at 27-8-2023 06:34 PM
Kan dah gtau nak kaya kena berniaga. Tapi tulah ujian pun hebat.
Daripada keje bank 9-5 je atas ker ...
ADVERTISEMENT