CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Ikat Anak Di Tiang Medan Selera Sebab Nakal

27-8-2023 09:23 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12720| Komen: 7

China: Kenakalan seorang kanak-kanak semasa berada di kawasan awam membuatkan ibu dan ayahnya bertindak mengikatnya di sebatang tiang berhampiran medan selera.

Pada masa tersebut, kedua mereka menikmati hidangan sambil memerhatikan keadaan anaknya.



Video perbuatan mereka itu bagaimanapun menjadi tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan antara warga maya.

Mana tidaknya, kanak-kanak tersebut dibiarkan meraung dan cuba melepaskan diri daripada ikatan berkenaan sedangkan ibu dan ayahnya sibuk dengan hidangan.

Malah mereka merasakan keadaan anaknya itu mencuit hati kerana ramai yang ketawa melihatnya.

Pun begitu, salah seorang pelayar mempersoalkan sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu atau tidak.

Tidak kurang juga yang menyatakan perbuatan tersebut bukanlah kelakar seperti yang dinyatakan sebaliknya menyakiti kanak-kanak terbabit.


Pandangan berbeza pula dilontarkan seorang lagi pelayar yang menyokong tindakan berkenaan kerana memahami situasi sebagai ibu muda.

Tidak kurang juga yang menyatakan kanak-kanak terbabit akan mendapat pengajaran daripada hukuman tersebut dan belajar untuk menjadi baik.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 27-8-2023 09:34 PM
Kalau tua nt ank ko buang jgn slhkn anak.. bodoh elok xpyh membiak
Quote dani-rox 27-8-2023 09:54 PM
makpak tak reti control anak dgn malukan dia di khalayak ramai, tak lucu pun.

dah tua esok, si anak plak ikat ngko kat tiang. kalau org marah2, bukan susah pun, si anak tunjukkan jer berita nih jd bukti
Quote nolya 28-8-2023 01:13 AM
Anak2 ni ada juga bangsa yg degil/himul dn tak dengar cakap. Esp bagi bangsa cina, mereka memang keras dlm hal mendisiplinkan anak2.  Bagi orang melayu pulak, pada zmn2 dulu, akan diikat kat pokok jambu dn kasi kerengga lagi. Menjeritlah kau, menangislah kau sakit digigit kerengga. La ni hukuman begitu tak ade dah sebab  makbapaknya boleh diheret ke balai polis oleh jiran tetangga. Dan anak2 pun kian terhakis akhlaknya.
Quote sukacactus 28-8-2023 06:15 AM
Kalau ank xberdisiplin, mmg payah la nak bawa jln2 ke tempat awam
Dok umah je la, tapau je makanan tu
Quote sangbara2020 28-8-2023 11:35 AM
kdg kan xfaham....selalu ank2 ni takut dgn ayah...
mak mmg nya xlut la
tp knp ye masih nk salahkan mak..
mcmana pun kita sebagai mak tegas...tp sudahnya kita akan cair juga dgn ank2 kita
Quote Lagubestbest 31-8-2023 01:00 AM
ntah2 anak sedara aku. nasib baik tgok balik lokasi China.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073517 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top